Kebanyakkan visual novel memang banyak dihasilkan untuk lelaki, tetapi otome game juga tidak kurang hebatnya. Kalau anda tidak tahu apa itu otome game, ia sebenarnya visual novel yang ditargetkan untuk gadis dan wanita. Lebih kurang dengan visual novel romantik di luar sana, otome game mempunyai pelbagai genre juga. Tidak kiralah isekai, misteri, dan banyak lagilah. Jadi kali ini kami ingin kongsikan beberapa tajuk otome game yang anda boleh mainkan di mobile! Kami sertakan sekali pautan untuk anda terus download game tersebut kalau berminat. Hanya klik sahaja pada tajuknya! Tanpa membuang masa jom tengok senarai otome game yang boleh dimainkan di mobile!
Obey Me!

Protagonis telah dihantar ke Devildom untuk menghadiri Devildom Academy sebagai pelajar pertukaran selama satu tahun. Dia telah disambut oleh tujuh lelaki kacak yang masing-masin mewakili avatar “deadly sin”. Adakah anda akan tergoda oleh syaitan-syaitan yang menawan ini dan terselamat dari Devildom?
Tears of Themis

Stellis, sebuah bandar yang bangkit daripada pertembungan tamadun. Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan yang tidak normal dalam bilangan kes penyakit mental serta insiden yang mengancam keselamatan sosial Stellis. Ramai orang Stellis yang lembut dan baik telah menjadi ganas dan tidak menentu. Insiden ini mungkin telah direkodkan, tetapi ia sering tenggelam dalam banjir data. Namun seseorang mengambil perhatian tentangnya dan menyusunnya untuk analisis terperinci…
Dengan nama kod “X-NOTE”, projek itu bertujuan untuk mengupas lapisan data yang mengaburkan dan mendedahkan kebenaran tersembunyi di bawahnya. Apabila semuanya diletakkan pada skala undang-undang di hadapan Lady Justice, anda akan menjadi orang yang menimbang jenayah mereka.
Dangerous Fellows

Semasa cuba melarikan diri dari serangan zombi yang mengganas, Anda secara ajaib diselamatkan oleh orang yang tidak dikenali; lima jejaka yang menarik. Mereka telah bersembunyi di sebuah sekolah bersama-sama mangsa lain yang terselamat… Tetapi adakah tempat ini betul-betul selamat untuk tinggal?
Soul of Yokai

Anda seorang ahli perniagaan muda yang baru sahaja putus hubungan. Anda pergi ke Kyoto dengan harapan dapat memulihkan hati anda yang patah dan mungkin mencari cinta baru. Walau bagaimanapun, anda tidak menjangka ia akan datang dalam bentuk Yokai (syaitan Jepun). Selepas pertemuan itu, anda dijemput ke dunia Yokai, di mana anda bertemu dengan tiga lelaki muda kacak dari pelbagai kaum Yokai: Hayato separuh Oni, Yukio dari bangsa Yukiotoko, dan Karasu dari Tengu. Anda terkejut apabila mengetahui bahawa mereka semua mahu berkahwin dengan anda! Tetapi semuanya tidaklah begitu seronok kerana penduduk bandar Yokai mula diselubungi kegelapan dan semakin tidak suka terhadap manusia.
Wizardess Heart

Heroin, seorang ahili sihir muda, telah hidup sebagai doktor haiwan di sebuah kampung kecil kerajaan Gedonelune, menggunakan kebolehan sihirnya. Pada suatu hari, dia menerima surat daripada Gedonelune Royal Magic Academy, akademi sihir yang paling berprestij di negara. Untuk mendaftar secara rasmi ke akademi tersebut, dia perlu menyediakan dirinya untuk lulus percubaan dengan bantuan Buddy-nya, rakan akademi yang berkongsi nasib yang sama.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Kalau anda inginkan senarai game otome yang lain, bolehlah bagi cadangan tajuk pula! Untuk dapatkan liputan lain mengenai game mobile daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post