Diumumkan pada Mei yang lalu, siri anime Fire Force akan mendapatkan game mobile tersendiri yang bertajuk Fire Force: Enbu no Sho. Untuk pengetahuan anda, game RPG tersebut akan tersedia untuk peranti iOS dan Android. Baru-baru ini, terdapat pengumuman baru yang dikeluarkan di mana, game tersebut sedang mencari pemain untuk ujian beta tertutup (CBT).
Ujian beta ini dijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada pemain. Maklum balas tersebut tersebut akan digunakan untuk membangunkan game ini dengan lebih baik sebelum ia dilancarkan.
Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi pelancaran untuk game Fire Force: Enbu no Sho yang diumumkan. Dengan adanya ujian beta ini, mungkin pembangun sudah siap sedia untuk berikan penambahbaikan baru kepada game tersebut. Berkemungkinan kita mungkin dapat bermainnya pada tahun depan.
Game mobile ini nampaknya akan tersedia dalam bahasa Jepun buat masa ini, mungkin kalau ia mendapat sambutan daripada ramai peminat, ada kemungkinan game ini dilancarkan dalam versi bahasa Inggeris.
Kepada anda yang tidak tahu mengenai siri ini, ia merupakan sebuah manga yang dihasilkan oleh Atsushi Ohkubo yang juga popular dengan siri lain, Soul Eater. Siri manga Fire Force baru sahaja tamat pada bulan Februari yang lalu. Jadi, berkemungkinan besar adaptasi anime boleh merangkumi semua kandungan manga sehingga penamat.

Berikut adalah sinopsis untuk siri anime Fire Force:
Fire Force mengikuti Shinra Kusakabe, seorang budak lelaki dengan senyuman jahat, dan digelar “Devil’s Footprint” kerana mempunyai keupayaan untuk mengubah kakinya menjadi api. Dipulaukan semasa muda dan komited untuk menjadi wira, Shinra menyertai Fire Force, skuad yang berdedikasi untuk menangani Infernal, raksasa yang diatasi dengan api.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post