Minggu lalu, Jian Xia Qing Yuan R (JXQYR) telah mengumumkan bahawa pra-daftar untuk permainan sudah bermula. Ia merupakan sebuah permainan Wuxia dari siri Jian Xia. Daripada Seasun Entertainment yang dihasilkan oleh Kingsoft, VNG Games sebagai penerbit di Malaysia dan Singapura, Jian Xia Qing Yuan R akan tersedia pada 15 Disember 2021 di kedua-dua platform mobile iOS dan Android.
Mari kami ceritakan mengapa anda perlu cuba bermain permainan ini!
Sejarah JXQY di Vietnam
Pada tahun 2003, Jian Xia Qing Yuan telah mempelopori latar Wuxia dan membantu bawa genre dan budaya tersebut pada populariti yang lebih besar di China dan kawasan Asia yang lain. Terutamanya di Vietnam yang menampakan kejayaan luar biasa terhadap permainan dalam talian itu.
Sebelum JXQY dilancarkan, hanya dua sahaja permainan dalam talian di Vietnam dan jumlah pemain dalam talian hanya 20 ribu. Tetapi pada tahun 2005, Jian Xia Qing Yuan Online pertama kali dilancarkan secara rasmi di Vietnam dan ia menjadi tular. Pemain dalam talian juga mencapai 170 ribu pemain dengan begitu pantas. Pada masa itu, JXQY memperoleh 70% daripada keseluruhan pasaran permainan dalam talian di Vietnam dan ia juga menyebabkan pasaran permainan dalam talian Vietnam juga berkembang pesat dengan pantas.

Disebabkan prestasi hebat di Vietnam, Seasun Entertainment ingin melakukan percubaan pertama mereka pada versi remaster yang akan dilancarkan pada peranti mudah alih. Jian Xia Qing Yuan R versi Vietnam telah dilancarkan pada bulan April yang lalu dan ia serta merta mencecah tempat pertama dalam Apple App Store. Ini menunjukkan pemain Vietnam masih meminati permainan ini dalam versi remaster mobile.
Pada awal 2000-an, Jian Xia Qing Yuan Online juga telah dilancarkan di Malaysia dan Singapura. Walaupun ia tidak mendapat reaksi yang sama seperti Vietnam, tetapi pemain masih boleh mengenangi masa-masa lalu mereka bermain permainan ini. Dengan prestasi hebat di Vietnam, tidak hairanlah jika pemain di Malaysia atau Singapura akan menyukai permainan ini seperti pemain Vietnam.

Ciri-ciri popular permainan kembali
Visual Retro
Jian Xia Qing Yuan R dengan berani mengekalkan perspektif klasik 2D dan gaya retro 18 tahun lalu, serta mengembalikan 100% Jian Xia Qing Yuan R Online pada pemain lama. Para pemain akan merasai nostalgia apabila mereka menyedari bahawa segala-galanya tetap sama, memberikan mereka peluang untuk kembali ke dunia Wuxia yang mereka kenali. Kandungan asal juga diterbitkan semula dalam permainan dan sistem, menunjukkan reka bentuk yang tidak pernah ketinggalan zaman.
Song Jin battlefield
Pemain kini boleh merasai semula pertempuran antara Song Kingdom dan Jin Kingdom. Selepas memasuki medan perang, pemain akan diletakkan secara rawak sebagai salah seorang daripada tentera. Pemain akan bergabung dengan pasukan lain yang berada dalam camp yang sama untuk pihak musuh dari camp yang lain. Bunuh musuh, NPC biasa dan menangkap bendera untuk mendapatkan mata untuk camp tersebut. Pada masa yang sama, permainan mobile telah berjaya mengatasi batasan peranti. Kini, pemain boleh mengalami pertempuran epik berpasukan dengan beribu-ribu orang pada paparan skrin peranti mobile masing-masing.

Perdagangan bebas secara bersemuka
Dalam Jian Xia Qing Yuan R, pemain boleh memperoleh alatan-alatan dengan attribute rawak semasa permainan dan pemain hanya boleh membuka gerai jualan dan mula menjual barangan untuk pemain lain. Anda tidak perlu risau mengenai caj menggunakan sistem rumah lelong. Dengan sistem perdagangan bebas, pemain akan memperoleh keuntungan dengan menjual peralatan yang tidak diperlukan kepada orang lain.
Elemen Wu Xing
Elemen Wu Xing sama seperti elemen barat seperti air, tanah, api dan udara. Tetapi elemen Wu Xing mempunya lima elemen iaitu api,air, kayu, logam dan tanah. Attribute karakter dengan elemen Wu Xing yang dipilih pemain, maksimumkan kesan di mana 10 clan seni pertahanan diri yang kamu boleh sertai seperti Wu-Tang, EMei, shaolin dan banyak lagi. Setiap clan mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri, ini akan membuat pemain lebih seronok dalam gameplay.

Soundtrack
Bukan hanya visual dan permainan, Jian Xia Qing Yuan R juga membawa kembali soundtrack dari permainan klasik 2003! Pemain akan dapat mendengar soundtrack yang terkenal seperti 笑问情缘(Laugh over Love),剑侠情(Swordsman Love) dan 大英雄(Hero) sekali lagi. Komposer asal 罗晓音Luo Xiao Yin, yang dikenali sebagai bapa kepada muzik Jian Xia Qing Yuan, kembali dan mencipta satu lagi lagu tema eksklusif untuk Jian Xia Qing Yuan R.

Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai permainan ini, sila ikuti laman berikut:
- Laman pra-daftar peranti mobile
- Laman pra-daftar App Store dan Google Play
- Fanpage Facebook
- Fan Group Facebook
Artikel ini ditaja oleh VNG Games.

@gamersantaimy
Discussion about this post