Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game ‘Marvel’s Spider-Man 2’ mungkin keluar September 2023 [Khabar angin]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 22, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Khabar angin, Open World, PS5
0 0
0
Game ‘Marvel’s Spider-Man 2’ mungkin keluar September 2023 [Khabar angin]
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh keluaran untuk game sekuel superhero Marvel’s Spider-Man 2 ciptaan Insomniac Games mungkin telah dibocorkan oleh salah seorang pelakon suara utamanya! Secara lebih khusus lagi, pelakon suara Venom kata bahawa game Spider-Man 2 akan dilancarkan pada bulan September 2023.

Pelakon suara itu ialah Tony Todd, yang menyuarakan Venom aka Eddie Brock untuk game Spider-Man 2. Dalam salah satu postingnya di Twitter, seorang netizen tidak sabar memuat naik gif Venom dan kata dia tidak sabar menunggu keluaran game tersebut. Tony Todd kemudian balas dan kata game itu dijangka akan dikeluarkan pada bulan September.

Selain itu, dia turut kata publisiti besar-besaran akan bermula pada bulan Ogos termasuk trailer tetapi itu semua tidak disahkan oleh PlayStation mahupun Insomniac games. Tidak lama selepas itu, Todd mengeluarkan tweet baharu yang kata:

Tiada lagi petunjuk tentang #Spiderman2. Itu semua mimpi. Salahkan jet lag. Mana tahu, saya mungkin bukan #Venom.

No more hints about #Spiderman2 it was all a fever dream Blame it on jet lag who knows I might not even b #Venom pic.twitter.com/dKf1EsLFwQ

— Tony Todd (@TonyTodd54) March 21, 2023

Mungkin selepas dimarahi oleh pihak PlayStation atau majikannya, Tony Todd terpaksa mendiamkan diri tentang produksi Spider-Man 2 dan tidak boleh lagi berkongsi info tentang game. Namun, apa yang pasti adalah game itu masih akan keluar pada tahun ini.

Bagi mereka yang tidak tahu, Marvel’s Spider-Man adalah salah satu adaptasi game paling bagus daripada siri komik dengan pelancaran Marvel’s Spider-Man (1) pada 2018. Dipuji kerana naratif yang bagus, watak dan persekitaran yang autentik, dan sistem eksplorasi/pertempuran yang menepati semangat Spider-Man, game ini dipuji sebagai sebagai standard baharu dalam adaptasi game daripada komik.

Seterusnya, mereka mengeluarkan sekuel Spider-Man: Miles Morales pada 2020 yang turut menerima pujian tinggi sebagai spinoff/sekuel yang bagus. Selepas kejayaan kedua-dua game, patutlah ramai gamer tidak sabar untuk keluaran Marvel’s Spider- Man 2.

Berita lanjut dijangka akan datang dalam beberapa bulan akan datang. Walaupun tarikh tepat, gameplay dan naratif masih belum didedahkan dengan terperinci, nampaknya kita tidak perlu menunggu lama lagi.


Marvel’s Spider-Man 2 akan dikeluarkan pada tahun 2023 secara eksklusif di PS5. Baca segala liputan kami tentang game itu di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5Spider-Man 2
Previous Post

Remnant: From the Ashes akhirnya dilancarkan oleh THQ Nordic di Nintendo Switch!

Next Post

Shazam Fury of the Gods – Apa jadi di penamat & post-credit? [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Shazam Fury of the Gods – Apa jadi di penamat & post-credit? [SPOILER]

Shazam Fury of the Gods - Apa jadi di penamat & post-credit? [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd