Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R akan lancar 1 September 2022! Demo akan datang untuk PS5 & PS4!

Maira by Maira
May 27, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Game, Konsol, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Game JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R akan lancar 1 September 2022! Demo akan datang untuk PS5 & PS4!
Share on FacebookShare on Twitter

Game JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R, versi remaster untuk game eksklusif PS3 akan tiba pada 1 September ini di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch. Manakala untuk Steam ianya akan dilancarkan pada 2 September 2022. Bukan setakat itu sahaja, pemain PS4 dan PS5 akan dapat mainkan demo akses awal untuk game JoJo ini. Untuk pengetahuan anda, game fighting ini merupakan adaptasi daripada siri manga dan anime popular oleh Araki Hirohiko dengan tajuk yang sama.

Versi remaster ini akan menambah baik grafik malah mempunyai 50 watak yang boleh dimainkan berbanding 10 watak pada versi original. Pemain boleh mengalami pertempuran popular dari setiap cerita dan melihat watak dari universe yang berbeza berinteraksi buat kali pertama, bermain sebagai Jonathan Joestar, DIO, Jotaro Kujo, Jolyne Cujoh dan ramai lagi .

Gaya lukisan Araki inilah yang membezakan JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R daripada fighting game yang lain. Gayanya menonjol dalam watak, cerita dan membuat mereka semua berkumpul dalam pertempuran yang sangat menyeronokkan dan pantas. Sememangnya servis terbaik untuk peminat JoJo. Ia juga akan menarik minat peminat fighting game lain dengan senarai watak yang mantap dilengkapi dengan gerakan khas sendiri, pilihan penyesuaian serta enam mod game yang berbeza untuk semua pemain. Tidak kiralah anda baru berjinak atau veteran dalam fighting game.

Game JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R terdiri daripada All Star Battle Mode, Arcade Mode, Online Mode, Versus Mode, Practice Mode dan Gallery Mode. Mod utama, All Star Battle Mode, menampilkan bukan sahaja pertembungan antara watak daripada game original, tetapi juga pertempuran baharu yang unik kepada All Star Battle R. Anda boleh bermain melalui lebih 100 pertempuran dengan pelbagai tetapan dan syarat. Mod ini juga menawarkan skin khas untuk watak dan ilustrasi unik yang boleh dinikmati dalam mod galeri.

Terdapat juga edisi deluxe yang akan datang dengan beberapa kandungan bonus seperti berikut:

  • JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R (full game)
  • Season Pass
  • Bonus Season Pass
  • 5 Pakaian acara khas

Kalau anda inginkan liputan lain mengenai JoJo, sila klik pautan ini.

Sumber: Bandai Namco Ent

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R
Previous Post

BioShock: The Collection kini PERCUMA di Epic Games Store! Claim sekarang!

Next Post

Gundam Cucuruz Doan’s Island akan ditayangkan di Malaysia secara eksklusif!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Gundam Cucuruz Doan’s Island akan ditayangkan di Malaysia secara eksklusif!

Gundam Cucuruz Doan’s Island akan ditayangkan di Malaysia secara eksklusif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd