Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Free-2-Play “Star Wars: Hunters” Akan Datang Jun 2024 Di Switch & Mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 1, 2024
in Android, Artikel, Berita, Game Percuma, iOS, Mobile, Nintendo Switch
0 0
0
Game Free-2-Play “Star Wars: Hunters” Akan Datang Jun 2024 Di Switch & Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, penerbit Zynga dan pembangun NaturalMotion dan BossAlien mengumumkan bahawa game free-to-play third-person arena combat “Star Wars: Hunters” akan dilancarkan untuk Nintendo Switch, iOS dan Android pada 4 Jun.

Bersama pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer pelancaran rasmi yang anda boleh tonton di bawah:

Menurut laman web rasmi, “pemain akan sertai Hunter terhebat dari seluruh galaksi Star Wars di planet Vespaara di mana pelbagai pertandingan berisiko tinggi menanti di Arena. Libatkan diri dalam pertempuran third-person yang mendebarkan dan mendominasi pihak lawan dalam pelbagai medan pertempuran mencabar yang mencerminkan dunia ikonik Star Wars. Padankan pasukan, gunakan skill mereka, taktik dan customize Hunter anda untuk mencari strategi kemenangan dan meraih kemenangan dalam game free-to-play serba baharu ini.”

Kredit: Nintendo

Antara lokasi yang pemain boleh lawat adalah:

  • Ewok Village
  • Mos Espa Podrace
  • Dune Sea Outpost
  • Death Star Crossfire
  • Vandor Railyard
Kredit: Nintendo

Game Mode yang ditawarkan:

  • Squad Brawl – Pasukan pertama yang mencapai 20 eliminations akan menang dalam mode serangan habis-habisan ini.
  • Dynamic Control – Dalam mode ini, pasukan bersaing untuk menangkap Control Point.
  • Power Control – Dalam mode ini, skuad mesti mengawal majoriti Control Point di medan perang dan mempertahankannya daripada dirampas.
  • Trophy Chase – Dua pasukan sasar untuk memegang Trophy Droid, yang bernama TR0-F33! Skuad pertama yang mencapai 100% akan menang.
Kredit: Nintendo

Watak dipecahkan mengikut kelas:

  • Damage – Mampu melakukan serangan bertubi-tubi dengan damage besar. Watak Damage ialah ancaman terbesar kepada pihak lawan.
  • Support – Mampu menyembuhkan dan membantu skuad semasa bertarung, watak Support adalah penting untuk memastikan semua orang boleh bertarung lebih lama.
  • Tank – Sukar untuk dikalahkan, watak Tank sentiasa menunjukkan dominasi mereka di Arena semasa menentang lawan dan menjaga pasukan daripada bahaya.

Sekali lagi saya ingatkan, game “Star Wars: Hunters” akan dilancarkan untuk Nintendo Switch, iOS dan Android pada 4 Jun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Free-to-PlayStar Wars: Hunters
ShareTweetSend
Previous Post

Konami Pecah Dua Rekod Dunia Guinness Di Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024

Next Post

Funko Fusion Akan Datang September 2024 Di PS, Xbox, Switch & PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Funko Fusion Akan Datang September 2024 Di PS, Xbox, Switch & PC

Funko Fusion Akan Datang September 2024 Di PS, Xbox, Switch & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd