Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Eksklusif PlayStation ‘ASTRO BOT’ Rasmi Sokong Bahasa Indonesia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 5, 2024
in Artikel, Berita, Platformer, PS5
0 0
0
Game Eksklusif PlayStation ‘ASTRO BOT’ Rasmi Sokong Bahasa Indonesia!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya usaha Sony Interactive Entertainment untuk meluaskan jangkauan mereka di pasaran Asia Tenggara masih berterusan, kerana kita dapat berita bahawa game eksklusif terbaru mereka, ASTRO BOT, turut akan menyokong pilihan Bahasa Indonesia.

Kredit: PlayStation

Berita ini dilaporkan oleh rakan media kami, GamerWK, yang mencuba sesi demo Astro Bot di ibu pejabat Sony Indonesia kelmarin. Di sana, mereka dapat mengesahkan bahawa game ini sememangnya akan menyokong Bahasa Indonesia.

Malangnya, mereka tidak sempat mengambil screenshot, video atau gambar daripada pengalaman hands-on tersebut, tetapi sesi demo dimainkan sepenuhnya dalam Bahasa Indonesia. Bak kata GamerWK, kualiti terjemahan agak baik, dan mereka juga menyukai gaya penulisan dan font yang kelihatan natural dengan bahasa Indonesia.

Usaha ini berterusan selepas Sony Interactive Entertainment membuat keputusan untuk menambah pilihan Bahasa Indonesia bagi game eksklusif Marvel’s Spider-Man 2, yang dikeluarkan pada tahun lepas. Walaupun tiada sokongan Bahasa Melayu rasmi, tetapi ini sesuai untuk pemain yang kurang selesa bermain dalam bahasa Inggeris kerana memberi bahasa yang lebih mudah difahami.

Kredit: PlayStation

Semoga, Sony Interactive Entertainment turut akan menambah sokongan Bahasa Melayu ke dalam game eksklusif mereka pada masa hadapan.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk mencuba Astro Bot, game ini dikeluarkan pada 6 September untuk PlayStation 5. Pre-order kini dibuka di mana harga untuk versi standard adalah RM 249.00 (versi digital dan fizikal) dan RM 299.00 untuk versi Digital Deluxe. Semua pemain yang membuat pre-order akan menerima sejumlah bonus kandungan digital yang menarik.

Baru-baru ini, kami juga sempat mencuba ASTRO BOT melalui previu khas yang anda boleh baca di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASTRO BOTBahasa Indonesia
ShareTweetSend
Previous Post

Heaven Burns Red Umum Versi Inggeris – Dahulu Hanya Di Jepun!

Next Post

Reviu ASUS Vivobook S16 OLED – Seimbang Antara Mobiliti & Prestasi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Reviu ASUS Vivobook S16 OLED – Seimbang Antara Mobiliti & Prestasi

Reviu ASUS Vivobook S16 OLED - Seimbang Antara Mobiliti & Prestasi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd