Baru-baru ini di Festival Filem Tribeca di New York, Hideo Kojima dan Norman Reedus membincangkan tentang game Death Stranding dengan lebih mendalam, yang bermaksud maklumat terperinci dan perkara-perkara menarik mengenai game yang akan datang di PS4 ini lebih diketahui dengan lebih jelas. Norman Reedus, yang membawa watak sebagai protagonis “Sam” mengatakan yang pemain akan menangis apabila bermain game ini dan emosi mereka akan terkesan.
https://www.instagram.com/p/BwsWpIRnh7q/
Namun demikian, Norman tidak bocorkan maklumat sepenuhnya mengenai game tersebut dan mengapa ia akan membuatkan pemain menangis. Kojima sebaliknya memberitahu dengan lebih lanjut. Menurutnya, Death Stranding akan membawakan sesuatu yang baru untuk genre open-world. Tambahan lagi, “hubungan” adalah tema penting dalam game itu. Walaupun pemain akan bermain seorang diri, mereka dalam masa yang sama akan mencari elemen “perhubungan” dan ianya lebih dari sekadar cerita. Dalam gameplay dan juga naratif, hubungan adalah kuncinya. Kesemuanya akan berkaitrapat. Apa yang dimaksudkan di sini agak kurang jelas, tetapi Kojima kelihatan agak teruja apabila bercakap mengenai perkara ini.
Death Stranding adalah dalam pembangunan untuk PS4 sahaja. Tiada tarikh keluaran yang tetap diberitahu, malah ia telah ditangguhkan untuk dibuat beberapa penambahbaikan. Jadi, kita hanya perlu menunggu pengumuman rasmi dari Hideo sendiri pada masa akan datang!
Sumber: Comic Book
@gamersantaimy
Discussion about this post