Menurut laporan baru, permainan video terbaru Batman oleh Warner Bros. Montreal akan diumumkan di Video Game Awards 2019 pada 12 Disember. Laporan itu muncul dari halaman YouTube SLCMOF, yang mendedahkan bahawa maklumat itu berasal daripada sumber sama yang membocorkan satu lagi game Batman yang dibatalkan. Dalam erti kata lain, sumber itu nampaknya boleh dipercayai, dan telah disokong oleh The Arkham Channel.
INSIDE SCOOP: New Batman Game Trailer Dropping At The VGAs (Batman: Arkham Legacy)
LIVE, TOMORROW AT 6:30 PM PST, we may also be joined by a special guest 🙂 https://t.co/09JV1YH2jq via @YouTube— Coby — YouTuber (@slcmof) November 27, 2019
Malangnya, maklumat sangat sedikit buat masa ini. Halaman YouTube di atas mengumumkan bahawa mereka akan mendedahkan lebih banyak maklumat tidak lama lagi tapi sudah tentu, anda jangan percaya bulat-bulat. Walaupun mereka mempunyai maklumat tepat, perkara boleh berubah pada bila-bila masa. Sehingga anda mendengar pengumuman rasmi dari Warner Bros. Interactive Entertainment sendiri, tidak ada apa-apa di sini yang patut dipercayai.
This information comes from the same guy that provided me with leaked images from the cancelled Damian Wayne Batman game YEARS before they leaked to the public. He is very reliable, although nothing is 100% and the same goes with this scoop as we will discuss tomorrow. pic.twitter.com/SthL8sgR7r
— Coby — YouTuber (@slcmof) November 27, 2019
Pada bulan September lalu, Warner Bros. Montreal memberi hint tentang permainan video baru, dan ingin mendedahkan lebih lagi tentang game ini, tetapi ini jelas tidak berlaku. Hanya ada satu lagi acara besar tahun ini di mana mereka boleh membuat pengumuman tersebut, dan ia pasti berlaku di Video Game Awards 2019 pada 12 Disember.
Keep an eye out on this on Thursday! There are good news coming our way, and hopefully it is confirmed true in the end. We've seen how reliable this source is. https://t.co/EJrwZ8uWJC
— The Arkham Channel (@ArkhamChannel) November 27, 2019
Buat sementara, kami tidak mempunyai apa-apa berita rasmi mengenai permainan video ini. Kami telah mendengar laporan tentang Court of Owls dan khabar angin bahawa permainan ini membolehkan anda bermain sebagai seluruh keluarga Batman, tetapi masih tiada maklumat rasmi. Mohon semua tunggu supaya kami dapat bukti yang lebih kukuh lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post