Sebagai entri seterusnya dalam siri permainan The Witcher, The Witcher: Monster Slayer telah diumumkan untuk pelantar iOS dan Android dan bakal dilancarkan pada 21 Julai. Yang lebih seronok lagi tentang The Witcher: Monster Slayer adalah percuma untuk dimuat turun. Bagi mereka yang menggunakan peranti Android, anda boleh membuat pra-pendaftaran sekarang melalui Google Play.
https://www.youtube.com/watch?v=Hj_sRbBiDHY
Bagi mereka yang tidak tahu, The Witcher: Monster Slayer adalah permainan augmented reality (AR) ala-ala Pokemon Go di mana permainan berasaskan lokasi pada masa nyata. Pemain akan berjalan melalui dunia sebenar untuk memburu raksasa. Apabila anda menemui raksasa untuk dibunuh, permainan ini mengambil pendekatan yang lebih aktif pada pertarungan dan menampilkan sistem pertempuran “first-person”, di mana kita dilengkapi dengan pedang, sihir-sihir istimewa, dan potion untuk membantu pemain menewaskan pelbagai raksasa yang mencabar.
The Witcher: Monster Slayer dibangunkan oleh Spokko, sebuah studio permainan mudah alih di bawah CD Projekt Red. Anda juga dapat melihat secara ringkas bagaimana gameplay permainan dalam video di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=t82JBXf9MPw
Oleh kerana tarikh pelancaran telah dinyatakan, kemungkinan besar permainan ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di WitcherCon. Sekali lagi saya ulang, The Witcher: Monster Slayer akan tersedia di peranti Android dan iOS pada 21 Julai. Pengguna yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran sekarang.
Sumber – The Witcher

@gamersantaimy
Discussion about this post