Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game AR Marvel World of Heroes Akan Lancar 2023, Dihasilkan oleh Pembangun Pokemon GO!

Maira by Maira
September 10, 2022
in Artikel, Augmented reality (AR), Berita, Game, Mobile, Mobile Game, Platform
0 0
0
Game AR Marvel World of Heroes Akan Lancar 2023, Dihasilkan oleh Pembangun Pokemon GO!
Share on FacebookShare on Twitter

Niantic Inc, pembangun game Pokemon Go nampaknya akan hadir dengan game AR terbaru mereka tetapi kali ini dengan dunia Marvel pula. Tajuk untuk game AR baru itu ialah Marvel World of Heroes. Trailer untuk game ini telah didedahkan semasa livestream Disney + Marvel Games Showcase. Anda boleh menonton video tersebut dibawah.

Dilaporkan bahawa game Marvel World of Heroes ini akan membawa segala perkara ikonik daripada Marvel Universe ke dunia sebenar dengan teknologi AR. Melihat daripada trailer, ia seperti menunjukkan bagaimana game tersebut berfungsi tetapi tiada maklumat jelas bagaimana game itu boleh dimainkan. Yang pasti, pemain boleh menguasai kuasa-kuasa hebat daripada dunia Marvel dalam dunia maya. Nampaknya terpaksalah kita menunggu maklumat lanjut mengenainya nanti.

Pemain sudah tentu boleh mereka bentuk watak masing-masing sebelum mulakan pengembaraan mereka di kejiranan. Semasa pengembaraan itu, mungkin terdapat jenayah yang berlaku, dan inilah masanya untuk anda dan pemain lain bergabung tenaga dalam menewaskan musuh. Antara hero yang anda boleh jumpai ialah Spider-Man, Captain America dan Wolverine.

Marvel World of Heroes

Buat sementara ini, itu sahaja kesemua maklumat yang didedahkan untuk Marvel World of Heroes. Game ini dijadualkan untuk keluar pada tahun 2023 dan anda sudah boleh pra-daftar di laman web rasmi game. Memandangkan Niantic kata bahawa game ini akan ada “soft launch” di negara tertentu, bolehlah daftar sekarang untuk mendapatkan peluang bermainnya dahulu jika Malaysia dapat akses awal pada game tersebut. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Marvel daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MarvelMarvel World of Heroesniantic
Previous Post

Marvel’s Midnight Suns Akan Lancar Pada 2 Disember, Animasi Prekuel Tayang 31 Oktober ini!

Next Post

Marvel Snap Rasmi Lancar Pada 18 Oktober di PC dan Mobile! Pra-daftar Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Marvel Snap Rasmi Lancar Pada 18 Oktober di PC dan Mobile! Pra-daftar Sekarang!

Marvel Snap Rasmi Lancar Pada 18 Oktober di PC dan Mobile! Pra-daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd