KLab telah mengumumkan bahawa mereka sedang mengusahakan game online baru berdasarkan francais Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon?. Setelah mendapat persetujuan daripada studio yang menguruskan musim keempat anime DanMachi, KLab akan menghasilkan game ini bersama-sama dengan Aiming sebagai rakan kongsi. Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan, game online ini akan akan tersedia di PC dan peranti mobile di seluruh dunia.

Terkenal di seluruh dunia dengan singkatan DanMachi, Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon? berasal dari novel ringan yang ditulis oleh Fujino Omori dan pertama kali diterbitkan pada Januari 2013.
Ia menceritakan kisah Bell Cranel, seorang pengembara yang bekerja di bawah Hestia Familia, yang diketuai oleh dewi Hestia. Walaupun siri ini juga menerima adaptasi manga pada bulan Ogos 2013, popularitinya meningkat lebih tinggi setelah tayangan musim pertama anime pada bulan April 2015.
Musim kempat Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon? akan keluar pada tahun 2022 dan masih dalam pembikinan. Pada masa yang sama, terdapat game konsol berdasarkan DanMachi, yang berjudul Infinite Combate, sebuah RPG dungeon crawler yang tersedia di seluruh dunia untuk PlayStation 4, Nintendo Switch, dan PC. Francais ini juga mempunyai game mobile berjudul Memoria Freese yang dilancarkan di seluruh dunia pada peranti iOS dan Android.
Sumber – Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post