Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game action RPG 3D, Aether Gazer kini buka pra-daftar di Android & iOS!

safwan by safwan
August 5, 2022
in Action, Android, ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, RPG
0 0
0
Game action RPG 3D, Aether Gazer kini buka pra-daftar di Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh Yostar Games, Aether Gazer kini dibuka untuk pra-daftar di Android dan iOS dan bakal dilancarkan di Amerika Utara, Eropah, Jepun dan Asia Tenggara termasuk Malaysia!

Aether Gazer ialah Action-RPG 3D laju dengan unsur futuristik yang berlatarkan “apocalyptic dystopia”. Dengan jalan cerita yang menggalakkan pemain dengan skill dan ketepatan, pemain mesti menghentikan penyebaran kuasa jahat yang membuatkan manusia huru-hara. Pemain perlu mengekalkan keseimbangan manusia untuk meneruskan perjalanan dan rancangan ke Ideabild.

Sebelum masuk ke pertempuran, pemain dibenarkan untuk mencipta skuad sehingga tiga orang. Di dalam pertarungan yang intensiti tinggi, pemain perlu membuat keputusan segara untuk mengalahkan bos yang pelbagai. Pemain juga boleh memilih watak “support-type” dan membenarkan AI menyerang. Dan perkara yang lebih penting adalah memberikan pasangan yang sesuai kepada watak untuk mendapatkan “ultimate skill.”

Bersempena dengan pra-daftar ini, mereka telah mendedahkan ganjaran yang akan diberikan kepada pemain apabila ia dilancarkan nanti. Jika sesiapa yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri di laman web rasmi Aether Gazer di sini. Berikut adalah ganjaran in-game yang akan diberikan:

  • 10,000 – Ain Soph Coin×10,000
  • 50,000 – Divine Factor×300, Ain Soph Coin×10,000
  • 100,000 – Battle Record T3×3, Modifier Scan Voucher×10 (Ten-time Summons)
  • 200,000 – Sephirah Crystal T3×3, Modifier Scan Voucher×10
  • 300,000 – Revelation T3×5, Modifier Scan Voucher×10, Limited Portrait Frame×1
  • 400,000 – Limited Outfit of Tidal Song Poseidon×1, In-game Sticker×1

Buat masa sekarang, mereka masih tidak mengumumkan sebarang tarikh rasmi bagi pengeluaran game ini di Amerika Utara, Eropah, Jepun dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mendaftarkan diri anda secepat yang boleh bagi mendapatkan ganjaran in-game yang banyak.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa pra-daftar Aether Gazer kini telah dibuka di Android dan iOS. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Aether Gazer, anda boleh pergi ke laman web rasmi Aether Gazer di sini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Aether Gazer
Previous Post

Moon Knight Season 2 dalam produksi, bak kata Oscar Isaac & pengarah

Next Post

Joker 2 Akan Tayang Pada 4 Oktober 2024, Lady Gaga Mungkin Pegang Watak Penting Filem!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Joker 2 Akan Tayang Pada 4 Oktober 2024, Lady Gaga Mungkin Pegang Watak Penting Filem!

Joker 2 Akan Tayang Pada 4 Oktober 2024, Lady Gaga Mungkin Pegang Watak Penting Filem!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd