Pihak polis di Clayton County, Georgia, Amerika Syarikat baru-baru ini menyelamatkan seorang gadis berusia 13 tahun yang didakwa telah diculik dan diserang secara seksual oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang ditemuinya semasa bermain Roblox.
Suspek yang dimaksudkan, Howard Graham, telah meyakinkan gadis itu melalui Roblox untuk melarikan diri dari rumahnya di Topeka, Kansas lalu di sini lah gadis tersebut diculik. Graham kemudian memandu mangsa ke Clayton County.

Kapten John Ivey dari Jabatan Polis Clayton Clayton County berkata bahawa “mereka benar-benar bertuah dapat menemui gadis muda ini dan dia masih hidup.” Ivey seterusnya berkata bahawa “Saya harap orang ramai akan memberi lebih perhatian kepada apa yang anak-anak mereka lakukan,” sambil menambah bahawa “pemangsa akan datang dan membahayakan kanak-kanak kecil.”
Ivey menjelaskan bahawa Graham telah bertemu dengan gadis itu pada 18 Februari 2022. Dia meninggalkan rumah untuk bertemu selepas beberapa hari kemudian pada 20 Februari. Mangsa mula terasa tidak selesa, lalu menghantar mesej kepada ibunya pada 24 Februari termasuk alamat lokasi di mana dia telah dibawa. Graham telah ditangkap di tempat kerjanya berikutan penyiasatan pada 1 Mac.
Ivey menjelaskan bahawa Graham telah menyerang gadis itu “berkali-kali” secara seksual pada ketika ini. Suspek kini didakwa atas pertuduhan penculikan, pemerdagangan seks dan rogol.

“Kami sangat sedih mendengar tentang kes ini. Tiada yang lebih penting kepada ibu bapa — termasuk ramai ibu bapa yang bekerja di Roblox — daripada memastikan kanak-kanak selamat apabila mereka belajar dan bermain. Kami bekerja tanpa jemu untuk menghalang isu ini di platform kami.”
kata Pengarah Kanan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Roblox, William Nevius.
Memandangkan Roblox pun popular di Malaysia, saya berharap ramai ibubapa memerhatikan dengan siapa anak mereka berinteraksi. Moga-moga kita dapat mencegah perkara yang sama daripada berulang.
Sumber: Miami Herald
@gamersantaimy
Discussion about this post