Setelah beberapa tahun menyepi dengan francais filemnya G.I Joe dan yang terakhir adalah tayangan filem G.I. Joe: Retaliation pada tahun 2013 yang dibintangi oleh The Rock, Bruce Willis sebagai watak utama dan Ray Park sebagai Snake Eyes, kini filem yang ke-3 bakal ditayangkan oleh Paramount Pictures untuk meneruskan siri ini dengan penuh aksi dan ianya merupakan cerita asal disebalik assasin – Snake Eyes!
Minggu lalu, para pelakon dan krew untuk G.I Joe: Snake Eyes mempromosikan acara filem ini untuk memulakan produksi aksi triler tahun 2020 ini yang kemungkinan besar diadaptasi dari Snake Eyes: G.I. Joe Origins. Dalam acara tersebut mereka memperkenalkan logo yang sangat menarik untuk filem ini, serta yang lebih menjadi perhatian adalah watak utama yang akan membintangi watak Snake Eyes adalah pelakon berasal dari Sarawak, Malaysia yang juga berlakon dalam filem Last Christmas dan Crazy Rich Asians, yang dimaksudkan adalah Henry Golding!!!

Filem G.I Joe: Snake Eyes yang diarah oleh pembikin filem dari German iaitu Robert Schewentke ini akan ditayangkan 15 Oktober 2020. Robert juga merupakan seorang yang berpengalaman dalam filem aksi dan pernah terbabit dalam filem seperti RED dimana pelakonya seperti Bruce Willis, Helen Mirren dan Morgan Freeman. Jadi sudah semestinya filem ini akan menjadi suatu generasi yang menarik perhatian peminat!
Snake Eyes merupakan salah satu watak yang paling menarik dalam francais G.I Joe. Dengan memori disebalik kehidupanya dan tinggal di kawasan gunung bersalji, sudah semestinya ramai yang tidak sabar dengan kisah filemnya tersendiri!

Filem dari Paramount Picture, Metro-Goldwyn-Mayer Pictures dan Skydance serta kolaborasi bersama Hasbro ini juga dilakonkan oleh beberapa pelakon juga disebalik Henry Golding seperti Andrew Koji, Samara Weaving, Úrsula Corberó, Haruka Abe, Iko Uwais, Takehiro Hira.

Jadi jangan lupa kunci tarikh anda untuk filem yang dinantikan ini Oktober nanti! Pasti menariklah bila hero tempatan kita sekali lagi mengungguli filem antarabangsa!
@gamersantaimy
Discussion about this post