Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fungsi Haptic Feedback & trigger dijelaskan, penambahan arahan suara di PS5 DualSense!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PS5
0 0
0
Fungsi Haptic Feedback & trigger dijelaskan, penambahan arahan suara di PS5 DualSense!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum PlayStation 5 ditonjolkan, Sony mendedahkan dulu controller barunya DualSense. Sejak pengungkapan itu, ia telah menyoroti dua ciri utama iaitu maklum balas haptik (haptic feedback) dan trigger adaptif (adaptive trigger).

Sebagai peringatan, dengan haptic feedback, controller dapat mensimulasikan sensasi tertentu dengan lebih baik dan dengan itu menjadikan permainan di PlayStation 5 lebih imersif seperti meniru kesan cuaca. Selain itu, adaptive trigger dapat menjadi lebih tegang ketika seorang watak menarik busur untuk melepaskan panah, seperti di Horizon Forbidden West, atau terkunci ketika senjata kehabisan peluru. Walaupun mengagumkan, ciri-ciri ini terutama trigger, menarik perhatian daripada sebilangan gamer terutamanya bagi pemain kurang upaya, yang bimbang bahawa ciri-ciri tersebut hanya akan menjadikan permainan lebih sukar untuk dimainkan.

Sony nampaknya mengambil kisah hal ini dan mengesahkan bahawa kekuatan haptic feedback dan trigger pada DualSense dapat dikurangkan atau dibuang sama sekali. Dalam catatan blog daripada Sony Interactive Entertainment, syarikat itu mengakui jumlah orang yang mengalami kecacatan (kira-kira 15% penduduk dunia mempunyai beberapa bentuk kecacatan) dan usaha yang dilakukan untuk menjadikan PS5 lebih mudah diakses.

Mereka juga mengesahkan bahawa PS5 akan mempunyai ciri arahan suara untuk membolehkan pemain memasukkan teks dengan suara dengan cepat dan pembaca skrin yang membaca teks dengan kuat bagi mereka yang buta atau kurang penglihatan. Pengguna pekak atau kurang pendengaran akan dapat menaip mesej, yang kemudian akan diucapkan dengan kuat kepada pemain lain dalam party. Closed caption, pembetulan warna, dan peningkatan audio yang lebih baik juga disertakan.

Catatan itu juga memberitahu bagaimana Naughty Dog berusaha menjadikan permainannya mudah diakses, seperti Uncharted 4 yang membolehkan orang memainkannya tanpa perlu menggunakan analog stick kanan. The Last of Us Part 2 pula mempunyai lebih dari 60 tetapan aksesibiliti bagus yang diharapkan secara beransur-ansur akan menjadi lebih normal untuk permainan video lain.

Sumber – SIE

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: adaptive triggerDualSensehaptic feedbackplaystation 5Sony
Previous Post

Netflix tingkatkan pengalaman gaming dengan petua PS5 dan hiburan khusus!

Next Post

Kelayakan IESF ESPORTS WORLD CHAMPIONSHIP 2020 Asia Tenggara

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kelayakan IESF ESPORTS WORLD CHAMPIONSHIP 2020 Asia Tenggara

Kelayakan IESF ESPORTS WORLD CHAMPIONSHIP 2020 Asia Tenggara

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd