Tahun ini sahaja banyak pameran anime yang telah diadakan di Malaysia! Antaranya anime Demon Slayer, One Piece, Naruto dan Ito Junji! Tahun depan, akan ada satu lagi pameran anime yang akan diadakan iaitu Fullmetal Alchemist Exhibition Malaysia! Berita mengenainya telah diumumkan melalui akaun Facebook rasmi acara. Melalui post yang sama, pameran tersebut akan diadakan bermula Januari 2024! Jom kami ceritakan serba sedikit maklumat mengenainya.
Melalui Ticket2U, penganjur yang akan mengendalikan pameran ini adalah Ace Media Network, penganjur yang sama membawakan One Piece “The Great Era of Piracy” Exhibition Asia Tour pada bulan Mac yang lalu.

Untuk Fullmetal Alchemist Exhibition Malaysia, pameran tersebut akan bermula pada 24 Januari sehingga 24 Mac 2024! Bermakna anda mempunyai masa dua bulan untuk pergi melihat pameran khas ini! Kalau anda ingin tahu, pameran ini akan berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, dan bermula pada 10 pagi sehingga 10 malam. Anda juga sudah boleh dapatkan tiket dengan harga promo. Terdapat dua pakej promo yang dijual untuk anda dapatkan! Berikut adalah harga serta item yang anda boleh dapatkan dengan harga promo tersebut:
- Pre – Sales Promo Package A — RM 95
- Tiket Masuk (RM50)
- Fullmetal Alchemist Card Board (RM45)
- Pre – Sales Promo Package B — RM 135
- Tiket Masuk (RM50)
- Fullmetal Alchemist Puzzle (RM85)

Buat masa ini, tiada lagi maklumat mengenai aktiviti lain yang mungkin tersedia di sana. Jadi kita nantikan sahaja maklumat baharu daripada penganjut melalui Facebook rasmi. Untuk dapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post