Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Friday the 13th Akan Hadir Dengan Game Baharu, Didedahkan oleh Komposer Siri!

Maira by Maira
June 8, 2023
in Artikel, Berita, Game, Seram
0 0
0
Friday the 13th Akan Hadir Dengan Game Baharu, Didedahkan oleh Komposer Siri!

Kredit imej: Gun Media

Share on FacebookShare on Twitter

Kita telah melihat pelbagai jenis adaptasi game daripada francais filem seram yang popular seperti Evil Dead, The Texas Chainsaw man dan banyak lagi. Lebih menarik sekali, Friday the 13th juga akan mendapat satu lagi adaptasi game baharu. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Sumber: Gun Media

Melalui temu ramah eksklusif Rely on Horror, komposer siri Friday the 13th Harry Manfredini telah mengatakan bahawa dia sedang mengerjakan sesuatu yang baharu untuk game baharu francais yang masih belum diumumkan. Menurutnya, game tersebut dibangunkan oleh syarikat lain dan akan memaparkan watak yang lebih kelihatan realistik.

Sumber: Gun Media

Ia juga akan mempunyai gameplay yang berbeza daripada game sedia ada, yang merupakan sebuah game multiplayer asymmetrical. Tambahnya lagi, dia tidak mengetahui butiran lanjut game yang di luar penglibatannya.

Walaupun tidak begitu banyak perkara yang didedahkan, tetapi agak teruja juga apabila mengetahui Jason Voorhees akan kembali semula. Agaknya bagaimanalah gameplay untuk game baharu ini? Kalau kita dapat sesuatu seperti Outlast atau game interaktif seperti The Quarry juga agak menarik. Nampaknya kita kenalah tunggu pengumuman rasmi mengenainya.

Sumber: Gun Media

Untuk pengetahuan anda, Friday the 13th mempunyai empat game yang telah dilepaskan. Antara game yang terbaru adalah Friday the 13th: The Game yang dilepaskan pada 2017 oleh Gun Media dan Friday the 13th: Killer Puzzle pada 2018. Tetapi malangnya Killer Puzzle sudah tidak boleh untuk dibeli lagi kerana masalah lesen.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: friday the 13thGame
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Ball: The Breakers Season 3 kini tersedia – Ginyu Force jadi Raider!

Next Post

Penamat Monster Hunter Rise: Sunbreak tiba hari ini, bertemu Primordial Malzeno!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Penamat Monster Hunter Rise: Sunbreak tiba hari ini, bertemu Primordial Malzeno!

Penamat Monster Hunter Rise: Sunbreak tiba hari ini, bertemu Primordial Malzeno!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd