Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Free Fire berkolaborasi dengan kumpulan pop Malaysia DOLLA, lagu istimewa bakal keluar

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Kolaborasi, Mobile, Tempatan
0 0
0
Free Fire berkolaborasi dengan kumpulan pop Malaysia DOLLA, lagu istimewa bakal keluar
Share on FacebookShare on Twitter

Baru diumumkan semalam, Garena telah mengumumkan kolaborasi istimewa antara game mobile popular mereka Free Fire dan kumpulan pop terkenal DOLLA untuk acara tempatan “Free Fire Untuk Semua”. Bermula semalam hingga 30 Jun, kolaborasi ini akan meraikan budaya Malaysia melalui kandungan spesifik yang dibuat khusus buat komuniti tempatan.

Sempena itu, DOLLA akan mengeluarkan lagu istimewa berjudul “FIGHT”, yang memfokuskan kepada budaya dan unsur Malaysia dalam tema keseluruhan. Korang boleh menonton teaser untuk lagu Fight di bawah:

“Saya sangat gembira DOLLA dapat menjadi sebahagian daripada kempen Free Fire Untuk Semua. Temanya yang meraikan semua budaya memberi saya peluang untuk mengenali semula warisan Jepun saya sambil mencipta lagu yang sangat rancak!”

“Kami harap lagu baru kami, “FIGHT,” akan memberi ilham kepada para peminat Free Fire dan rakyat Malaysia lain untuk terus meraikan kepelbagaian sebagai satu tunjang penting dalam budaya Malaysia.”

kata Tabby, salah seorang ahli kumpulan DOLLA.

Video muzik rasmi akan dilancarkan pada 17 Jun, di mana korang boleh tonton melalui Facebook dan YouTube Free Fire Malaysia/DOLLA.

Selain tayangan video muzik, Free Fire juga akan adakan sesi siaran langsung bersama DOLLA pada 25 Jun 7.30PM. Pelbagai permainan dan aktiviti bertemakan budaya akan diadakan semasa siaran langsung ini di mana penonton berpeluang memenangi pelbagai barangan eksklusif termasuk barangan yang ditandatangani oleh keempat-empat ahli kumpulan DOLLA!

Akhir sekali, pemain boleh sertai aktiviti media sosial yang mengharuskan kita untuk mereplikasikan semula gerak tari DOLLA dalam video muzik FIGHT untuk memenangi hadiah menarik seperti jaket “Free Fire Untuk Semua” dan “patches” untuk tampal di jaket tersebut.

Bagi mereka yang tidak kenal, DOLLA merupakan kumpulan wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Dolla terkenal menerusi elemen vokal dan tarian dalam setiap persembahan. Mereka mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia dan mula meraih kejayaan komersial bersama single sulung mereka bertajuk “Dolla Make You Wanna” yang dikeluarkan pada 20 Mac 2020.

Sumber – Free Fire, MyGameOn

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DOLLAFree FireMalaysiaMobile
Previous Post

One Punch Man Live Action akan diarahkan oleh bekas pengarah Fast Furious!

Next Post

Destroy All Humans! 2 & Dysterra lancarkan demo PERCUMA di Steam Next Fest

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Destroy All Humans! 2 & Dysterra lancarkan demo PERCUMA di Steam Next Fest

Destroy All Humans! 2 & Dysterra lancarkan demo PERCUMA di Steam Next Fest

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd