Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fortnite: Remaja 14tahun dapat jana pendapatan ‘6 angka’ hanya dengan streaming di Twitch dan Youtube

Baru belas tahun dah dapat beratus ribu yer...

Nyny.A by Nyny.A
April 8, 2019 - Updated on April 9, 2019
in Artikel, Berita, Mobile, PC
0 0
0
Fortnite: Remaja 14tahun dapat jana pendapatan ‘6 angka’ hanya dengan streaming di Twitch dan Youtube
Share on FacebookShare on Twitter

Fortnite merupakan satu permainan video ‘multiplayer’ yang sememangnya dikenali ramai terutama pemain game. Menjadi pekara biasa kebanyakan para pemain Fortnite akan ‘live stream’ di rangkaian ‘Twitch’, ‘Youtube, ‘Facebook’ atau saluran stream yang lain untuk mendapatkan penonton dan dari situ juga mereka akan menjana pendapatan dari sistem ‘Bit’ ataupun ‘Donations’ dari peminat-peminat di saluran mereka.

Image result for fortnite

Siapa sangka dengan hanya duduk depan PC, stream main Fortnite, sorang remaja umur 14tahun dapat menjana gaji sehingga ‘6 angka’! Biar betul?

Semuanya bermula 9 bulan yang lalu, remaja ini memuat naik video dia bermain Fortnite di Youtube, siapa sangka tontonan untuk video itu telah pun menindas seorang pemain dan streamer terkenal Fortnite iaitu Tfue. Video yang mencecah hampir 7.5 juta tontonan itu membuatkan remaja itu menjadi seorang Elit dan terkenal untuk game Fortnite.

Remaja yang dimaksudkan adalah Griffin “Sceptic” Spikoski tinggal di Long Island, New York. Sceptic membelanjakan hampir 18jam sehari duduk depan PC untuk bermain Fortnite. Sceptic sering memuat naik videonya sendiri untuk mendapatkan tontonan dari peminat. Dengan mempunyai pengikut ‘Subscriber’ hampir 1.2 juta di Youtube Channel– ‘Sceptic’ dan lebih dari 300 ribu pengikut ‘Follower’ di Twitch- ‘Sceptic’, Sceptic dikatakan berjaya mendapat pendapatan sehingga US$200,000 (RM815,096) pada tahun lalu.

Sceptic menjadi bual mulut orang sekeliling kerana terlalu obses bermain Fornite. Biar pun sebegitu, ibu bapa Sceptic , Kathleen dan Chris sentiasa memberi semangat kepada anaknya itu untuk berjaya. Sceptic turut berkata “Ia umpama pekerjaan bagi saya,”

“I never realized that Griffin was good at games,”

“He told me he was good at them and then the world just kind of confirmed it.”

–Sceptic Mom, Kathleen

Isu bersekolah di sekolah biasa menjadi masalah untuk Sceptic terus bermain Fortnite di rumah. Disebabkan itu, ibu bapa Sceptic membuat peralihan untuk dia kekal bersekolah tetapi melalui pembelajaran dalam talian.  Ibu bapa Sceptic juga telah mengupah seorang akauntan dan penasihat kewangan untuk memastikan pendapatan anaknya itu dapat diurus dengan betul.

Walaupun obses dengan bermain Fortnite, Sceptic nampaknya komited untuk menyimpan sebahagian hasil pendapatan yang dikumpulnya dari Fortnite. Katanya pendapatan ini akan digunakan untuk masa depannya andai kata dia ingin sambung pembelajaran di kolej kelak.

Image result for sceptic

Memandangkan Fortnite makin ramai pencabar dari game lain seperti PUBG dan APEX Legends, pihak Fortnite sentiasa mengekalkan update yang terbaru untuk pemain-pemainya. Apapun masa depan yang mungkin akan terjadi untuk Sceptic , sudah tentunya dia telah menjadi seorang idola di kalangan peminat dan pemain Fortnite.

Jadi lepas ni korang pulak nak jadi streamer berjaya macam Sceptic ? Boleh je tapi jangan terlalu obses dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tangunggjawab yang perlu dilakukan.

Sumber: Gamerant, ABC New York

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FortniteSceptic FortniteTwitch Sceptic
Previous Post

Hacker dan cheaters dalam Apex Legends tak puas hati lepas kena ban!

Next Post

Developer Apex Legend memberi berita terkini tentang Cross-Platform Play.

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Developer Apex Legend memberi berita terkini tentang Cross-Platform Play.

Developer Apex Legend memberi berita terkini tentang Cross-Platform Play.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd