Semalam, Square Enix dan Luminous Productions telah mengeluarkan mendedahkan gameplay rasmi untuk DLC Forspoken “In Tanta We Trust,” yang bakal dikeluarkan pada 26 Mei. Berikut adalah videonya:
Menurut Square Enix, DLC ‘Forspoken – In Tanta We Trust’ akan bertindak sebagai prekuel kepada main game dan berlaku 25 tahun sebelum peristiwa-peristiwa di Forspoken.

Masih mencari cara untuk melenyapkan ancaman ‘Break’ dari Athia buat selamanya, Frey telah mengikuti suara misteri yang membawanya ke tempat tidak diketauhui. Entah bagaimana, Frey tiba-tiba menjelajah masa ke zaman ‘Purge of the Rheddig’, perang legenda yang menghancurkan Athia dan membuatkan para Tanta menjadi gila.
Diiringi oleh Tanta Cinta dan kebolehan magic baharu, Frey mesti membongkarkan misteri ini dan menyelamatkan Athia sekali lagi serta cuba menyelamatkan dirinya.
Jadi apa yang baru di dalam DLC?

Perjalanan Frey ke masa lalu juga memperkenalkan pelbagai abiliti baharu untuk dimahirkan. Sebagai contoh, Frey kini boleh menggunakan:
- Skewer – Support spell yang memancarkan pancaran sihir terus ke hadapan dengan peluang untuk mengkristalkan musuh
- Shock – Melepaskan gelombang sihir yang juga boleh mengkristalkan musuh anda.
- Allied Strike: Bekerjasama dengan Tanta Cinta untuk melepaskan tembakan peluru tajam yang memusnahkan musuh di hadapan!

Tetapi penambahan yang paling menarik pasti adalah teman anda: Tanta Cinta. Pemain yang berjaya menamatkan ‘main story’ pasti tahu bahawa Tanta Cinta sangat kuat, jadi sudah tentu dia akan menjadi aset penting semasa anda meneroka masa lalu yang berbahaya ini.
Secara umum, Tanta Cinta akan menyokong Frey dalam pertempuran. Sebagai contoh, jika nyawa Frey amat rendah, dia akan menyeru perisai ajaib lalu menentang musuh bagi pihak pemain.

Untuk memaksimumkan potensi dan output serangan, pemain disarankan untuk bereksperimen bersama kombo Frey dan Tanta Cinta bersama. Banyak abiliti baharu Frey dapat mengkristal atau menyebabkan kesan status pada musuh, lalu membuatkan mereka terdedahkan kepada serangan susulan/follow-up attack oleh Cinta.
Dengan menggunakan abiliti dan kuasa Cinta secara strategik, Frey dapat menghadapi semua gerombolan musuh berbahaya akan datang.

Jika anda membeli Forspoken Digital Deluxe Edition, yang termasuk akses awal kepada DLC, Forspoken: In Tanta We Trust tersedia untuk dimuat turun pada 23 Mei secara percuma. Sesiapa yang Forspoken Standard Edition harus membeli DLC ini secara berasingan yang akan tersedia pada 26 Mei.
Buat mereka yang belum mencuba, Forspoken kini tersedia untuk main di PS5 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post