Berita buruk buat mereka yang ingin menjadi pengurus pasukan bola kerana SEGA dan Sports Interactive telah mengesahkan bahawa Football Manager 2023 untuk platform PS5 tidak akan dikeluarkan pada 8 November seperti yang dijadualkan. Ini kerana terdapat komplikasi yang tidak dapat dielakkan ketika proses penyerahan dan kelulusan.

Mengikut kenyataan rasmi daripada Miles Jacobson, Pengarah studio Sports Interactive berkata:
“Kami kecewa dengan keputusan ini, di mana kami telah bekerja keras tanpa jemu bersama rakan kongsi selama beberapa minggu untuk cuba tangani masalah ini. Ia amat sukar untuk kami membuat keputusan menangguhkan game ini, kerana ia melibatkan menahan game yang hebat di mana ramai orang berbakat daripada Sports Interactive telah bekerja keras. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan game ini sampai ke tangan pengguna PS5 secepat mungkin.”
Ini merupakan kali pertama game daripada francais Football Manager membuat debut di platform PlayStation, jadi pasti akan ada masalah teknikal yang akan berlaku. Tapi para peminat jangan risau kerana SEGA dan Sports Interactive akan mengemas kini perkara ini secepat mungkin. Pra-pesan yang telah dilakukan oleh para pelanggan melalui PSN Digital storefront akan dibatalkan pesanan mereka dan akan mendapat kembali bayaran balik secara penuh mengikut dasar platform Sony.
Sila ambil perhatian bahawa tiada tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak pelanggan untuk menerima bayaran balik. Untuk Football Manager 2023 di platform lain akan dilancarkan seperti yang dijadualkan iaitu 8 November.
Berikut adalah rumusan tentang Football Manager 2023:

“Dalam Football Manager 2023, anda harus menjadi yang terbaik dengan memfokuskan pada aspek bola sepak yang paling penting—perpindahan, taktik dan hari perlawanan. Sama ada anda mengejar promosi, memenangi kejohanan atau mendominasi rakan anda secara dalam talian, main bola sepak mengikut cara anda.”
“Game ini membolehkan anda mengalami keseronokan menjadi pengurus bola sepak sebenar, seperti mengubah bakat muda menjadi pemain bertaraf dunia dan memenangi hadiah terbesar yang ditawarkan dalam sukan bola sepak.”
Ciri-ciri utama:
- Cari kelab yang sesuai untuk anda. Tepati sasaran pemilik kelab dan kalahkan yang terbaik semasa anda memenangi hadiah terbesar dalam dunia bola sepak.
- Jangan hanya menandatangani superstar, sebaliknya cipta mereka. Rekrut dengan bijak dan sediakan laluan kepada pasukan bakat muda untuk menjadi skuad bertaraf dunia.
- Gaya permainan pasukan bergantung kepada anda. Cipta strategi unik untuk memperoleh kemenangan besar pada hari perlawanan.
- Main mengikut cara anda. Sama ada anda memilih untuk mengetuai pasukan lemah atau mencuba kelab berjaya, lebih daripada 125 liga global tersedia untuk anda termasuk UEFA Champions League, UEFA Europa League.
- Pada hari perlawanan, tonton segala aksi melalui 3D match engin secara resolusi 4K. Sebagai alternatif, anda boleh langkau terus ke penamat dan lajukan musim dengan pilihan “Instant Result”.
- Ingin mencabar rakan-rakan? Bersaing bersama mereka dalam tiga mode multiplayer yang menarik—Versus, Fantasy Draft dan Online Career.
Sekali lagi saya ingatkan, pelancaran Football Manager 2023 hanya ditangguhkan untuk PS5 sahaja manakala untuk Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, mobile dan PC menerusi Steam atau Epic Games Store akan dilancarkan pada 8 November.
Ikuti Gamer Santai untuk pelbagai liputan menarik tentang game, anime dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post