Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fist of the North Star Dapat Anime Baru, Kembalinya Siri Shonen Klasik!

Maira by Maira
September 13, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Fist of the North Star Dapat Anime Baru, Kembalinya Siri Shonen Klasik!
Share on FacebookShare on Twitter

“Omae wa mou shideiru”, mesti anda pernah dengar dialog ikonik ini, betul tidak? Kalau anda ingin tahu, dialog ikonik ini datang daripada siri Fist of the North Star ataupun Hokuto no Ken. Nampaknya siri ini akan kembali dengan projek anime baru! Perkara ini telah pun diumumkan semasa Fist of the North Star Day yang jatuh pada 13 September di Jepun. Anime baru ini jug dihasilkan sempena ulang tahun ke-40 Fist of the North Star.

©Buronson&Tetsuo Hara/Coamix, HOKUTO Committee

Selain itu, semua watak-watak akan mendapat pelakon suara baru dan animasinya juga akan dihasilkan menggunakan teknologi animasi terkini. Buat sementara ini, itu sahaja yang didedahkan mengenai projek anime ini. Segala maklumat lanjut akan diumumkan pada masa akan datang.

Tentang Fist of the North Star

Fist of the North Star merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Buronson sebagai penulis cerita manakala Tetsuo Hara selaku pelukis manga. Ia telah pun diterbitkan melalui majalah Weekly Shonen Jump pada tahun 1983 dan tamat pada 1988. Manga ini bukan sahaja mendapat adaptasi anime, ia juga mempunyai beberapa buah filem dan OVA. Ia juga mempunyai adaptasi live action pada 1995, stage play dan juga video game. Berikut adalah sinopsis untuk siri tersebut:

©Buronson&Tetsuo Hara

Berlaku dalam dunia pasca-apokaliptik. Cerita berpusat pada seorang lelaki bernama Kenshiro, seorang master dan pengganti seni mempertahankan diri yang dahsyat, ketika dia mengembara di tanah terbiar nuklear, melindungi mereka yang lemah daripada samseng ganas. Dalam pengembaraannya, dia mesti bersaing dengan ahli seni mempertahankan diri dan tokoh lain dari masa lalunya, termasuk “abangnya” Raoh, yang telah menobatkan dirinya sebagai raja dunia baru.

Mesti ramai yang teruja melihat siri ikonik ini bangkit semula kan? Tidak sabar untuk lihat animasinya nanti. Untuk mendapatkan berita terkini mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Sumber: ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fist of the North StarHokuto no Ken
ShareTweetSend
Previous Post

iPhone 15 Pro Bakal Bawa “Resident Evil Village”, “Death Stranding” dan Banyak Lagi Bermula 2023!

Next Post

Pre-Order untuk siri iPhone 15 akan dibuka pada 22 September di Malaysia! Harga bermula RM4399!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Pre-Order untuk siri iPhone 15 akan dibuka pada 22 September di Malaysia! Harga bermula RM4399!

Pre-Order untuk siri iPhone 15 akan dibuka pada 22 September di Malaysia! Harga bermula RM4399!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd