Permainan sosial, First Class Trouble telah dilancarkan sebagai akses awal Steam pada awal tahu ini dengan pengesahan port PS4 dan PS5. Pemain tidak perlu menunggu lebih lama kerana First Class Trouble ialah permainan pertama yang disahkan untuk barisan PS Plus November 2021.
Salah satu trend terbesar yang sedang berkembang dalam dunia gaming ialah permainan sosial. Dipopularkan oleg Among Us, permainan seperti ini memberikan pemain tugasan untuk menyelesaikan objektif, cuba untuk kekal hidup dan mendedahkan identiti pembunuh dalam kalangan mereka. Genre permainan ini menjadi sangat popular sehingga permainan lain menampilkan mod permainan yang menawarkan pengalaman serupa seperti mod Imposters dalam Fortnite.

Sony telah mengesahkan dalam State of Play terkini, bahawa First Class Trouble akan datang sebagai salah satu permainan PS Plus percuma November 2021 untuk PS4 dan PS5. Permainan ini berlaku di stesen angkasa futuristik, di mana enam penghuni mesti cuba melarikan diri daripada Personoid, robot yang kelihatan seperti manusia yang ditugaskan untuk menghentikan cubaan penghuni. Seperti permainan lain, ia memerlukan kepercayaan dalam kalangan pemain untuk meneruskan perjalanan tertentu yang membolehkan Personoid dipercayai oleh pemain lain yang akan membunuh mereka selepas itu. First Class Trouble dibangunkan oleh Invisible Walls dan Versus Evil.

Memandangkan First Class Trouble telah dibocorkan sebagai permainan PS Plus baru-baru ini, terdapat permainan lain yang juga disenaraikan seperti Knockout City dan Kingdom of Amalur: Re-Reckoning. Selain itu, sempena sambutan ulang tahun kelima PS VR, Sony juga memberikan permainan VR percuma untuk ahli PS Plus setiap bulan bermula November ini. Maklumat bocor itu juga disertakan dengan permainan The Walking Dead: Saints and Sinners.
First Class Trouble kini tersedia pada PC dan dilancarkan pada 2 November ke konsol PS4, dan PS5.
Sumber: GameRant
@gamersantaimy
Discussion about this post