Firewall Ultra merupakan game first-person VR (realiti maya) yang dibangunkan oleh First Contact Entertainment dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation VR2. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan sekuel kepada game Firewall: Zero Hour yang dilancarkan pada 2018 untuk PSVR pada PS4.
Sekuel ini berlaku lima tahun selepas game sebelumnya. Memandangkan kedua-dua game ini berlaku di universe yang sama, akan ada beberapa peta game yang dibawa semula dengan beberapa perubahan diberikan padanya.
Tentang Firewall Ultra
Firewall Ultra ialah multiplayer shooter yang berpotensi tetapi ada beberapa kekurangan pada aspek penting seperti skema kawalan dan kandungan. Memandangkan kami pernah bermain Horizon Call of the Mountain dahulu, kami sangka kami tidak akan mendapat motion sickness bermain game ini. Ternyata jangkaan kami salah. Penjejak mata dan gunplay dalam Firewall Ultra membuatkan kami berasa mual. Pergerakannya juga tidak lancar dan terasa janggal. Ia seperti game shooter biasa yang ditukar kepada VR tetapi tidak digilap sepenuhnya.
Kandungannya juga agak kurang membuatkan pengalaman multiplayer ini kurang menarik. Anda boleh pergi ke safehouse yang berfungsi seperti “main menu” di mana anda boleh menukar loadout, membeli senjata baru dan attachment , dan mencuba sendiri senjata tersebut di practice range. Safehouse ini juga merupakan lobi matchmaking untuk dua mode game yang tersedia iaitu PvP dan PvE.

Kawalan
First Contact Entertainment suka mempromosikan cara mereka menggunakan tracker mata PSVR 2 dalam Firewall Ultra untuk meningkatkan pengalaman gameplay. Mahu browse menu, ADS dengan satu mata tertutup, mengelak flashbang dan pelbagai benda yang berkaitan dengan tracker, semuanya terasa pelik. Rasanya dalam 20% sahaja masa ianya berfungsi dengan baik. Kami terpaksa melaraskan kedudukan kepada dan mata setepat mungkin untuk menggunakan ciri tracker tersebut.
ADS game ini tidak terasa natural langsung kerana ada instant snap bila anda menekan butang ADS. Menyasar dengan normal menggunakan controller Sense tanpa ADS terasa lebih natural dan imersif. Menembak juga terasa cukup baik.
Gameplay
Seperti yang kami nyatakan, terdapat dua mode game yang anda boleh pilih untuk mainkan iaitu:
- Contract: Mode PvP 4v4 multiplayer
- Exfiltration: Mode PvE co-op 4-pemain
Dalam Contract, anda dimasukkan ke dalam satu pasukan yang terdiri daripada empat orang menentang pasukan lain dalam game best-of-three dan dalam setiap perlawanan pasukan bertahan mesti melindungi laptop semasa pasukan penyerang cuba menggodamnya. Penyerang perlu decrypt intel pada laptop sebelum masa tamat. Format ini serupa dengan mode TDM Bomb dalam Rainbow Six Siege.

Dalam Exfil, anda dan sehingga tiga pemain lain akan memulakan misi untuk mendapatkan data pada tiga laptop—berbeza daripada format laptop tunggal dalam mode PvP. Pasukan anda akan menentang AI yang akan datang secara berterusan dari sudut yang berbeza.
Kami harap sangat ada lebih banyak variasi mode game untuk PvP dan PvE selain daripada mendapatkan data daripada laptop. Setakat ini, terdapat sejumlah lapan peta yang boleh dimainkan dalam Contract dan Exfil. Walau bagaimanapun, mereka ada menyebut bahawa mereka akan mengeluarkan dua peta baharu dan dua mode PvE co-op baharu.
Isu lain yang kami jumpai dalam Firewall Ultra adalah, tidak banyak benda yang anda boleh lakukan secara solo. Jadi kalau jumlah pemain berkurang dan anda tiada kawan untuk main bersama, memang game ini boleh dianggap sebagai mati. Kami faham bahawa ia game yang banyak tertumpu kepada multiplayer, jadi PvE atau AI bukanlah tarikan utama game. Tetapi berbanding dengan VR multiplater shooter yang lain, seperti Pavlov VR, Contractors, Population One, di mana tumpuan utama game juga adalah pengalaman player-vs-player, sekurang-kurangnya membolehkan anda mencuba mode game PvP dengan bot atau AI jika tiada pemain lain atau anda hanya mahu bersenang-senang. Ada juga yang mempunyai pelbagai misi co-op dan sokongan mod untuk memastikan terdapat jangka hayat dalam game.

Game ini juga tidak banyak membantu dalam hal pengekalan pemain kerana matchmaking boleh mengambil masa yang lama, kadangkala lebih lama daripada game sebenar yang anda lakukan kerana setiap game secara purata mengambil masa kira-kira 10 minit. Walaupun kadang-kadang, masa giliran untuk bermain boleh sepantas 2-3 minit. Mileage anda mungkin berbeza-beza tetapi anda pada asasnya boleh terperangkap di safehouse pada kebanyakan masa hanya menunggu sistem matchmaking untuk meletakkan anda ke dalam game, bergantung pada nasib anda.
Progression
Setiap game mesti ada ganjaran selepas melengkapkan game, tetapi ganjaran dalam game ini tidak terasa berbaloi. Ia mengambil masa yang sangat lama untuk membuka senjata atau attachment baru kerana sistem level up sangat perlahan dan melainkan anda meletakkan beratus-ratus jam dalam game ini.
Setelah selesai, anda mendapat dua mata wang: Crypto, mata wang standard dan Reputation, mata wang yang memerlukan anda memajukan keseluruhan bar untuk memperoleh satu mata R. Anda akan memperoleh lebih banyak berdasarkan prestasi anda, lethality, kerja berpasukan, objektif, assignment semasa game.

Kedua-dua mata wang ini digunakan untuk membeli di Black Road. Black Road pada asasnya berfungsi sebagai hab dalam game di mana anda boleh memilih Assignment, membeli senjata dan peralatan baharu daripada pelbagai Dealer, memilih Player Card dan melihat progress Operation anda.
Assignment
Assignment ialah cabaran harian yang anda boleh pilih untuk lakukan. Cuma satu Assignment sahaja untuk sehari. Dengan melengkapkan assignment ini, ia akan membantu progression anda serta membuka ganjaran untuk Operation anda.
Dealer
Dealer ialah vendor berbeza di mana anda boleh membeli senjata dan attachment senjata yang berbeza untuk disesuaikan dengan gaya bermain anda, daripada assault rifle, submachine gun, shotgun, pistol, sniper rifle dan banyak lagi. Kategori senjata dipisahkan kepada vendor yang berbeza seperti Viper, Mirage, Mayhem dan Domino di mana mereka semua menjual kategori senjata, attachment, cat dan banyak lagi. Viper menjual Assault Rifle, Mirage menjual Senjata Khas, Mayhem menjual Shotgun dan SMG manakala Domino pula menjual Peralatan Taktikal.

Berikut adalah senjata-senjata yang tersedia:
- Volkov: Long-range assault rifle, full-auto
- Taylor X-75: All-purpose medium-range assault rifle, full-auto
- Kruger: Medium-range assault rifle, full-auto
- JA-300: Integrally suppressed assault rifle, full-auto
Pada asasnya senjata ketenteraan standard yang anda akan dapati dalam mana-mana game shooter moden tetapi dinamakan semula, anda mempunyai M4, AK47, Glock, Desert Eagle, SCAR.
Operation
Operation merupakan sistem battle pass Firewall Ultra dan anda perlu membeli Operation Pass untuk dapat memperoleh ganjaran. Setiap Operasi mempunyai 60 ganjaran dengan campuran Contractor tambahan dengan kemahiran baharu, satu senjata, attachment senjata baharu, kosmetik, mata wang dalamgame dan booster. Pembangun ada mengatakan bahawa Operation hanya tersedia selama tiga bulan sebelum ditukar kepada Operation baharu.

Kesimpulan
Sejujurnya agak susah untuk kami habiskan game ini kerana kamu mudah mendapat motion sickness. Eye tracker juga tidak berfungsi dengan cukup baik semasa bermain, dan kami harap sangat ianya digilap dengan lebih banyak. Mungkin lebih mudah untuk ia dimainkan oleh pemain-pemain.
Kandungannya juga tidaklah begitu banyak malah terlalu fokus kepada multiplayer. Tidak ramai sangat pemain PS5 yang mempunyai PSVR 2, jadi matchmaking mungkin lebih susah dalam jangka masa yang panjang. Harap-harap pembangun lepaskan kemas kini yang boleh membuatkan game ini lebih mudah dimainkan dengan lancar.
Firewall Ultra tersedia untuk PS VR2 sekarang! Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Firewall Ultra
PROS
- Menembak terasa baik
CONS
- Terasa seperti game bukan VR yang disesuaikan untuk VR
- Kurang kandungan
- Eye tracker yang tidak digilap
- Progression yang memakan masa
Discussion about this post