Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fire Emblem Engage Review — Entri Terbaru Francais Dengan “Mood” Lebih Santai

Maira by Maira
February 22, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Nintendo Switch, Platform, Review, RPG
0 0
0
Fire Emblem Engage Review — Entri Terbaru Francais Dengan “Mood” Lebih Santai
Share on FacebookShare on Twitter

Fire Emblem Engage merupakan game terbaru untuk siri RPG popular Nintendo dan juga sambungan kepada Fire Emblem Three Houses. Walaupun Three Houses mengembangkan Fire Emblem seperti gaya drama politik Game of Thrones, berbeza dengan Engage yang mempunyai plot seperti Power Rangers. Ingin tahu mengapa kami komen seperti itu? Teruskan membaca review kami ini!

The Divine Dragon

Bermain sebagai Alear, the Divine Dragon, anda akan bangun di sebuah pulau terapung yang dikelilingi oleh empat negara. Malang sekali, selepas sahaja anda sedar daripada tidur yang 1000 tahun lamanya, Fell Dragon turut sedar lalu menyebabkan musuh seperti zombi melakukan huru-hara. Pengikutnya juga membunuh ibu anda. Dengan kuasa istimewa anda, Emblem Ring membolehkan anda untuk menyeru hero terdahulu daripada game Fire Emblem. Bersama-sama mereka, anda akan selamatkan semua kerajaan, menyatukan pemimpin mereka dan kumpulkan semua emblem ring untuk hentikan fell dragon.

Grafik

Sejujurnya bagi kami, Fire Emblem Engage antara game yang mempunyai grafik game terbaik untuk Nintendo Switch. Grafik cell shading model nampak baik malah transition daripada peta ke battle juga lancar. Animasinya juga sangat bagus dan membuatkan serangan terasa hebat. Pihak pembangun juga ada berkata bahawa mereka ingin emulate game GBA dan nampaknya mereka berjaya melakukannya.

Masalahnya cuma satu sahaja, masa loading kadang-kadang lebih lama daripada biasa, kadang-kadang ia boleh load sehingga 15 – 20 saat lamanya. Tetapi itu bukanlah masalah besar bagi kami.

Plot Cerita

Seperti yang kami nyatakan awal tadi, Fire Emblem Engage seperti cerita Tokusatsu. Banyak dialognya agak tidak natural dan watak pula kembali dengan personaliti gimik hampir sama seperti FE Awakening. Masing-masing mempunyai keunikan tersendiri dan mereka akan sentiasa menyokong anda.

Walaupun begitu, penceritaan FE Engage masih mempunyai tarikannya yang menarik. Selepas lalui cerita yang mengelirukan dalam FE Fates ataupun thriller politik dalam Three Houses, FE Engage terasa lebih santai dengan pengembaraan yang lebih mudah. Ia mengingatkan kami kepada game GBA FE, di mana kita hanyalah sekumpulan wira yang keluar untuk menyelamatkan dunia. Walaupun ia tidak ditulis dengan begitu baik, tetapi ia memberikan perasaan yang sama.

Terdapat juga beberapa watak yang kami sukai seperti Ivy, Alcryst, Yunaka dan termasuklah protagonis, Alear. Walaupun agak pelik melihat watak-watak lain mengagungkan mereka ini, tetapi personaliti mereka memang menarik. Orang lain melihat mereka seperti tuhan tetapi mereka hanyalah orang biasa dan sudah tentu memberikan reaksi pelik serta risau untuk memenuhi jangkaan orang ramai.

Reka bentuk watak nampak terang dan mempunyai fesyen yang hebat. Ini sedikit sebanyak memberikan perbezaan kepada watak sebagai seorang individu dan kami sangat sukakannya. Mungkin ada yang tidak berkenan dengan ceritanya, tetapi ia masih lagi sebuah game yang seronok dengan gelagat watak-watak.

Gameplay

Seperti game Fire Emblem sebelum ini, gameplay untuk FE Engage merupakan sebuah game strategi di mana anda menggerakkan watak di peta mengikut grid untuk menyerang musuh ataupun menyembuhkan ahli party.

Antara ciri penting dalam game ini, ia mengembalikan senjata Sword-Lances-Axes dalam game. Senjata yang kuat juga berpeluang untuk “Break” musuh, bermakna mereka tidak akan menyerang balik. Selain itu, unit juga lebih mudah untuk upgrade ke class yang baru jika dibandingkan dengan Three Houses. Anda hanya perlu naikkan level mereka sehingga 10 dan gunakan item “Master Seal” untuk terus tukar class watak.

Secara keseluruhan, Fire Emblem Engage membuatkan sistem battle lebih mudah untuk difahami serta beberapa penambahan yang sedikit rumit untuk membentuk parti sempurna yang anda inginkan.

Engage

Kalau anda ingin tahu, mekanik Engage merupakan mekanik terbaru dalam game. 12 Emblem mempunyai hero FE terdahulu yang boleh dipakai oleh satu daripada mana-mana watak dalam parti anda. Menggunakan emblem ini bukan sahaja memberikan buff kepada stat tertentu tetapi ia juga memberikan kebolehan in-battle kepada Engage. Ini mengubah unit kepada form yang lebih berkuasa dengan stat lebih tinggi serta kebolehan untuk menggunakan super move baru. Sebagai contoh, anda boleh teleport, tembak laser dan lain-lain.

Bukan setakat itu sahaja, mekanik Engage memberikan lebih nuansa kepada combat game. 12 Emblem tersebut menawarkan kombinasi unik. Anda boleh menjadi laju seperti Yunaka mahupun menjadi healer seperti Micaiah. Terdapat beberapa watak lain seperti Clamme dan Etie yang bagi kami biasa-biasa sahaja. Lebih banyak ring yang anda jumpai, lebih banyak pilihan untuk anda gunakan dalam setiap bab.

Aspek lain sistem Engage ialah bonding dan inherit skill. Jika unit banyak menggunakan Emblem tertentu, bond mereka dengan Emblem tersebut akan meningkat dan jika ia mencecah level 5, mereka dapat mewarisi skill Emblem untuk digunakan secara kekal. Ini terdiri daripada meningkatkan stat kelajuan watak ataupun skill pasif baru seperti lompat di hadapan ahli parti untuk menerima damage. Ia satu sistem hebat yang menggalakkan pemain untuk bereksperimen dengan Emblem dan gunakannya kepada watak yang berbeza.

Bersantai di Somniel

Selain daripada combat, anda boleh pergi ke “The Somniel”, sebuah pulau terapung pada tengah-tengah peta. Di sini, anda boleh membeli equipment, item dan chat kostum dengan watak lain. Anda juga boleh memberikan hadiah yang dibeli melalui Flea Market dan membawa mereka makan malam, yang dibuat daripada bahan yang anda jumpa semasa meneroka. Ini secara tidak langsung dapat menaikkan bond watak dan membuka perbualan baru ataupun adegan antara watak. Kalau anda bela haiwan pula, mereka akan memberikan anda lebih banyak sumber. Sebagai contoh, kalau anda bela anjing, mereka akan mencari metal untuk anda.

Somniel juga mempunyai mode dalam talian yang boleh diakses melalui Tower of Trials. Benda yang boleh lakukan ialah Relay Trial di mana anda boleh berpasukan dengan watak lain untuk mengalahkan tentera AI, atau out-realm trail, di mana anda menghasilkan peta anda sendiri dan pemain lain boleh mencubanya selepas itu. Anda juga sudah tentu boleh pergi ke realm orang lain untuk melihat cabaran yang direka mereka.

Kalau anda suka minigame, terdapat beberapa minigame tersedia untuk anda mainkan seperti Fishing, Wyvern riding, dan exercise untuk menaikkan stat dan mendapatkan resource lebih banyak. Terdapat anjing kecil bernama Sommie, di mana anda boleh usap dan beri makan. Kalau rasa nak santai, bolehlah lawat Sommie ini.

Kesimpulan

Fire Emblem Engage mungkin sedikit berbeza daripada game strategi yang lebih serius tetapi ianya masih berbaloi untuk dimainkan. Walaupun kadang-kadang dialog serta ceritanya tidak begitu baik, ia masih mempunyai adegan-adegan yang lawak. Gameplay-nya masih kekal dengan keseimbangan baik antara klasik FE dan juga sistem Engage. Walaupun FE Engage tidaklah begitu “wow” dalam francais, ia masih lagi sebuah game yang menarik untuk dialami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Fire Emblem Engage

8 Score

PROS

  • Unit senang dibina dan diubahsuai
  • Grafik yang baik pada Switch
  • Beberapa watak yang menghiburkan
  • Sistem Emblem memberi peluang untuk pemain bereksperimen

CONS

  • Masa loading yang lama
  • Penulisan yang kurang memuaskan

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Fire EmblemFire Emblem Engage
Previous Post

Cipher Academy Susah Sangat Untuk Diterjemah Sampai Penterjemah Cabut!

Next Post

Interview bersama Masahiro Inoue – pelakon sebenar Kamen Rider Decade & Garo!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Interview bersama Masahiro Inoue – pelakon sebenar Kamen Rider Decade & Garo!

Interview bersama Masahiro Inoue - pelakon sebenar Kamen Rider Decade & Garo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd