Livestream Nintendo Direct telah mendedahkan entri terbaru untuk francais popular, Fire Emblem Engage! Game RPG ini dijadualkan untuk hadir ke Nintendo Switch pada 20 Januari 2023. Bersama pengumuman ini, trailer rasmi juga telah dikeluarkan. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Untuk pengetahuan anda, game ini telah dibocorkan beberapa bulan yang lalu tetapi baru sekarang pengumuman rasmi dikeluarkan. Kita juga telah diperkenalkan dengan watak utama bersama-sama watak lain yang akan turut serta dalam pengembaraan baru ini.

Dalam trailer juga ada mendedahkan beberapa ciri dalam pertempuran. Salah satu ciri tersebut ialah “Engage” yang melibatkan dua watak pemain.
Terdapat juga edisi khas yang dipanggil “Divine Edition” yang memberikan beberapa item khas kepada pemain. Berikut adalah item yang tersedia untuk Fire Emblem Engage Divine Edition:
- Game
- Steelbook case
- Art card
- Art book
- poster

Maklumat lanjut mengenai game ini akan diberikan pada masa hadapan. Nampaknya kita perlu tunggu livestream seterusnya. Jadi geng Fire Emblem, mesti anda sudah tidak sabar untuk ketahui lebih lanjut mengenai game ini betul tidak? Apapun untuk dapatkan liputan lain mengenai Fire Emblem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post