Diumumkan pada tahun 2020, Square Enix sikit demi sedikit mendedahkan maklumat baharu tentang Final Fantasy XVI (16). Kini, kita telah didedahkan dengan maklumat yang membuat para peminat francais tidak senang duduk di mana game itu telah mencapai 95% daripada selesai.
Melalui interview Famitsu, Hiroshi Takai mengatakan yang pasukannya sedang bermain game itu hari demi hari untuk memastikan beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Dan selepas selesai melakukan perkara tersebut, tibalah langkah yang agak penting iaitu membetulkan bug.

Buat masa sekarang, Final Fantasy XVI akan dilancarkan pada musim panas 2023 dan tiada tarikh rasmi setakat ini. Namun dalam interview tersebut, Naoki Yoshida mengatakan yang maklumat lebih terperinci akan didedahkan tidak lama lagi oleh Square Enix.
Kami merancang untuk mengeluarkan lebih banyak maklumat sebelum akhir tahun, jadi saya fikir kami akan dapat memberitahu anda [tarikh keluaran] pada masa itu. Ia tidak akan lewat daripada musim panas, jadi jangan risau.
Menurut Naoki Yoshida

Yoshida menyambung dengan mengatakan yang dia sebenarnya telah terbiasa dalam persekitaran development game online sejak kebelakangan ini. Jika game dikeluarkan dalam bentuk fizikal dan menghantarnya ke seluruh dunia, ia akan mengambil masa yang sangat lama.
Jadi, apabila dia mengatakan yang game telah mencapai 95% siap, ada yang mengatakan “lancarkan segera” dan itu adalah realiti sebenar.
Sebelum ini, kami juga telah mengongsikan serba sedikit mengenai ciri-ciri penting dalam game Final Fantasy seperti sistem pertempuran, konsep game dan macam-macam lagi. Kalau korang nak baca, sila klik pautan ini.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Final Fantasy XVI bakal dilancarkan pada musim panas 2023 dan maklumat terbaru mengenai game ini akan dikeluarkan hujung tahun ini bersama trailer terbaru. Mari kita sama-sama nantikan maklumat baharu yang akan mengandungi tarikh sebenar pelancaran game ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post