Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy XVI hanya bertahan selama 6 bulan sebagai game eksklusif PS5!

safwan by safwan
November 8, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, PS5, RPG
0 0
0
Final Fantasy XVI hanya bertahan selama 6 bulan sebagai game eksklusif PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation telah melancarkan satu video pendek dengan tajuk “PlayStation 5 – Play Like Never Before”. Dalam video tersebut, mereka telah mendedahkan beberapa perkara penting termasuk Final Fantasy XVI yang jadi game eksklusif PlayStation 5 selama 6 bulan sahaja.

Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai sebarang maklumat lain yang Final Fantasy XVI akan dilancarkan pada platform lain selain PlayStation 5. Sebelum ini, kita telah melihat banyak game Final Fantasy telah dikembangkan sehingga masuk ke PC. Mungkin sekarang, mereka sedang mengusahakannya dan diumumkan pada hujung tahun ini juga.

Seperti apa yang kami memberitahu semalam, Final Fantasy XVI kini telah mencapai 95% siap dan bakal umumkan tarikh pelancaran pada hujung tahun ini. Mengikut apa yang dirancang oleh Square Enix, mereka akan melancarkannya pada musim panas tahun 2023.

Sebelum ini, kami juga telah mengongsikan serba sedikit mengenai ciri-ciri penting dalam game Final Fantasy seperti sistem pertempuran, konsep game dan macam-macam lagi. Kalau korang nak baca, sila klik pautan ini.

Selain Final Fantasy XVI, video itu juga mendedahkan yang game baharu Square Enix iaitu Forspoken akan dilancarkan pada 24 Januari 2023 dan menjadi game eksklusif PlayStation 5 sehingga 23 Januari 2025. Iaitu selama 2 tahun.

Forspoken akan membawa anda sebuah kisah seorang wanita muda bernama Frey Holland dari New York City yang dihantar ke Athia, dunia mistik dan fantastik di mana dia mesti mencari jalan pulang ke rumahnya.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Final Fantasy XVI masih belum mempunyai tarikh pelancaran tetapi apa yang diberitahu sebelum ini, ia akan dilancarkan pada musim panas 2023 dan berkemungkinan besar akan umumkan beberapa maklumat penting pada hujung tahun ini.

Memandangkan Final Fantasy XVI menjadi game eksklusif PlayStation 5 selama 6 bulan sahaja, mungkin kita akan lihat yang game ini bakal tiba di platform lain seperti PlayStation 4 atau PC.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy XVIForspokenplaystation 5
Previous Post

God of War: Ragnarok Dapat Kereta Bertema Oleh Cadillac! Bergaya Di Jalan Raya Seperti Kratos!

Next Post

Set “MtG: The Brothers’ War” akan keluar pada 18 November, Token edisi terhad ditawarkan di Malaysia!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Set “MtG: The Brothers’ War” akan keluar pada 18 November, Token edisi terhad ditawarkan di Malaysia!

Set "MtG: The Brothers’ War" akan keluar pada 18 November, Token edisi terhad ditawarkan di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd