Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Rebirth — Penerokaan Lebih Bebas, Combat yang Dipertingkatkan & Mini Game yang Pelbagai!

Maira by Maira
February 7, 2024
in Artikel, Berita, Game, Preview, PS5
0 0
0
Final Fantasy VII Rebirth — Penerokaan Lebih Bebas, Combat yang Dipertingkatkan & Mini Game yang Pelbagai!

Sumber: Square Enix

Share on FacebookShare on Twitter

Livestream State of Play Final Fantasy VII Rebirth telah pun menunjukkan beberapa preview gameplay yang anda akan dapat alami apabila game tersebut keluar pada hujung bulan ini. Bukan setakat itu sahaja, demo game juga sudah tersedia untuk anda mainkan! Kalau anda ingin tahu, kami telah berpeluang untuk mencuba Bab 2 Final Fantasy VII Rebirth selama 5 jam semasa di Jepun pada bulan yang lalu. Jom kami kongsikan sedikit preview sepanjang bermain bab ini.

Penerokaan bebas, penuh kandungan

Berbanding dengan FFVII Remake, penerokaan kali ini ternyata lebih besar, dengan sejumlah kawasan luas untuk anda terokai. Terdapat banyak side quest, mini game dan cabaran battle yang anda boleh nikmati. Agak penting juga untuk anda lakukan side quest kerana ia akan membantu menaikkan Party Level anda. Walaupun begitu setiap quest ini mempunyai masa yang berbeza untuk selesaikan. Ada antaranya merupakan quest dengan chain yang panjang dan ada yang mempunyai cerita pendek dengan cutscene. Anda sudah pasti meluangkan masa yang lama dalam menyelesaikan kesemua misi ini.

Sumber: Square Enix

Salah satu perkara yang kami sedar, FFVII Rebirth terasa lebih bebas berbanding Remake. Walaupun begitu, ia tidaklah sebebas seperti game open world lain. Tetapi anda sekurang-kurangnya boleh bergerak ke tempat yang anda ingin tuju tanpa sebarang had. Anda masih lagi boleh menjumpai Shinra Box tetapi tidaklah berkumpul dengan banyak pada satu tempat. Jadi anda boleh meneroka lebih mendalam dunia tersebut untuk menjumpainya.

Bercerita tentang chocobo, raksasa ini telah dipisahkan kepada beberapa wilayah. Jadi kalau anda masuk ke kawasan baru, anda perlu menangkap chocobo baharu untuk mount. Selepas anda berjaya menangkap chocobo, anda boleh sahaja untuk summon-nya pada bila-bila masa, dengan syarat anda berada pada region yang sama.

Sumber: Square Enix

Satu benda baharu telah diperkenalkan untuk penerokaan kali ini. Ia adalah Transmute, di mana anda mengumpul material daripada overworld untuk menghasilkan item. Kebanyakan item yang anda boleh hasilkan adalah item recovery.

Kami turut mencuba beberapa mini game yang tersedia dalam game tersebut, sebagai contoh Hustle de Chocobo, di mana anda menunggang Chocobo dalam larian untuk mendapatkan masa terpantas. Satu lagi game menarik yang kami cuba, adalah Queen’s Blood yang merupakan game kad yang memaparkan musuh-musuh dalam game.

Setiap kad tersebut mempunyai tile yang akan memberi kesan kepada kad yang dimainkan pada papan. Kalau bilangan cip anda lebih tinggi daripada pihak lawan, anda akan menang malah boleh mendapatkan ganjaran berbentuk kad baharu untuk dimasukkan dalam dek. Akhir sekali, kami ke Mog House untuk mengumpulkan semua mooglet yang berkeliaran. Agak santai juga game ini jika nak dibandingkan dengan Queen’s Blood.

Setup Party

Seperti yang kami katakan di atas, anda boleh naikkan Party Level dengan melakukan side quest yang tersedia. Ianya sangat penting untuk anda naikkan Party Level kerana anda boleh membuka skill baharu di Folio, sebuah kedai yang digunakan untuk upgrade skill. Kalau anda naikkan Weapon Level, anda akan mendapat SP. Level ini tidak akan berubah walaupun anda menukar senjata. Untuk buka skill pula anda akan memerlukan SP. Jadi anda perlu fikir rancang dengan baik apabila membuka skill tertentu.

Untuk Weapon Upgrade dalam Rebirth, sistemnya telah diubah sepenuhnya. Anda kini boleh menggunakan skill pada senjata anda!

Hubungan dengan party

Walaupun terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuh, Cloud masih perlu mengurus hubungannya dengan krewnya. Kekuatan ini boleh dipertingkatkan dengan berbual dengan mereka atau memenuhi permintaan mereka di bandar. Hubungan yang anda bentuk akan mempengaruhi cutscene dalam game. Bergantung kepada “ship” yang anda suka, anda boleh mendapatkan beberapa cutscene yang mungkin anda inginkan.

Sumber: Square Enix

Combat yang dipertingkatkan

Synergy Attack kini lebih baik, di mana anda boleh menggunakannya dalam pertarungan terutamanya pertarungan yang panjang seperti boss fight. Setiap Synergy Attack memberikan efek khas seperti MP tanpa terhad untuk seketika, atau meningkatkan Limit Break Level yang membolehkan anda menggunakan Limit Break yang lebih berkuasa. Cuma kekurangannya di sini, watak perlu menggunakan ATB baru untuk menghasilkan Synergy Bar. Selain itu, Synergy Attack juga menggunakan Synergy Bar kedua-dua watak. Boleh dikatakan ini adalah perubahan yang mengujakan daripada segi combat untuk Final Fantasy VII Rebirth.

Tambahan lain pula, terdapat pelbagai skill elemental yang boleh dipelajari dalam game ini. Fungsinya hampir seperti Magic Spell. Ini sudah semestinya memberikan fleksibiliti dalam penggunaan ATB berbanding MP untuk memberi tekanan kepada musuh dan memberikan stagger kepada mereka.

Bercerita tentang Materia, terdapat beberapa gabungan menari materia dalam game. Sebagai contoh materia Fire dan Ice, termasuklah materia yang disokong AI.

Grafik kekal berkualiti tinggi

Grafik dan seni game ini masih lagi kekal cantik dan mempunyai perincian yang hebat. Kalau anda zoom pada muka watak, anda boleh melihat liang roma pada watak. Sejujurnya, ia antara game yang mempunyai grafik yang sangat cantik. Lebih menarik sekali, perjalanan anda di luar Midgar sangat lancar dan apabila Fast Travel, masa loading game sangat singkat. Untuk sebuah dunia yang besar untuk diteroka dan Fast Travel yang pantas, memang kami tabik kepada Square Enix atas kerja keras yang mereka berikan pada game ini.

Cutscene juga kekal cantik dan seronok untuk ditonton walaupun kadang-kadang perbualannya terasa seperti begitu panjang. Ditambah pula dengan beberapa penambahan seperti Elemental Ability dan Synergy Attack, peminat tentunya boleh enjoy combat yang hebat dan lancar. Tidak dilupakan bahawa ianya kelihatan sangat cool.

Tidak banyak yang kami boleh ceritakan tentang plot kerana ada masa anda terasa seperti lalui kisah FFVII original. Tetapi pada masa yang sama anda terasa seperti mengikuti kisah yang serba baharu. Tidak sabar untuk mainkan game ini apabila ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Sumber: Square Enix

Untuk anda yang ingin alami combat serta penerokaan game ini, jangan lupa untuk mainkan demo game Final Fantasy VII Rebirth pada hari ini! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Final Fantasy daripada kami, anda boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FFVII RebirthFinal Fantasy VII Rebirth
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail Kembali Dengan Acara Offline Baharu di Malaysia! Bermula 6 Februari 2024!

Next Post

Ride Kamens Diumumkan, Game Mobile Baharu Francais Kamen Rider!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Ride Kamens Diumumkan, Game Mobile Baharu Francais Kamen Rider!

Ride Kamens Diumumkan, Game Mobile Baharu Francais Kamen Rider!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd