Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Rebirth: Lagu Tema Didedahkan! Vincent & Cid Diperkenalkan! [TGA 2023]

Maira by Maira
December 8, 2023
in Artikel, Berita, Game, PS5, RPG
0 0
0
Final Fantasy VII Rebirth: Lagu Tema Didedahkan! Vincent & Cid Diperkenalkan! [TGA 2023]

Sumber: Square Enix

Share on FacebookShare on Twitter

Didedahkan semasa The Game Awards 2023, trailer baharu untuk Final Fantasy VII Rebirth membawa kita melihat persembahan oleh Aerith malah melihat rupa baharu watak-watak lain! Anda boleh menonton trailer baharu itu di bawah.

Lagu yang dimainkan dalam trailer bertajuk “No Promises to Keep” telah ditulis oleh Nobuo Uematsu, komposer kepada game Final Fantasy VII. Persembahan oleh Loren Allred, artis terkenal dengan single “Never Enough” daripada The Greatest Showman. Tanpa membuang masa, jom kita lihat perkara-perkara baru yang telah didedahkan dalam trailer tersebut.

Kawasan Dunia

Final Fantasy Rebirth membawa pemain melihat kawasan-kawasan lain dalam dunia, menyediakan persekitaran unik untuk pemain-pemain alami dalam pengembaraan ini.

Gold Saucer
Sumber: Square Enix

Dirujuk sebagai syurga berlapis emas, Gold Saucer ialah taman hiburan yang megah pada skala epik. Ia dibahagikan kepada tujuh kawasan, dipanggil “squares,” setiap satu dengan tarikan unik mereka sendiri. Salah satunya ialah Skywheel, yang membawa tetamu tinggi di atas Saucer untuk pemandangan yang tidak dapat dilupakan, dan telah terbukti menjadi tempat temu janji yang popular.

Corel Prison
Sumber: Square Enix

Sebuah kawasan slum yang luas menyelubungi dasar Gold Saucer. Ia seakan-akan rupa luaran Saucer yang berkilauan bertindak sebagai suar bagi pengembara dan orang asing di seluruh dunia, kerana mereka telah berpusu-pusu di sana. Tempat yang sangat berbahaya adalah Dustbowl membuatkan mereka yang memasuki hadnya dikatakan tidak akan kembali.

Rupa Baharu Watak

Vincent Valentine

Sumber: Square Enix

Seorang pengawal “keselamatan” yang mengaku dirinya yang berhibernasi di dalam keranda jauh di bawah Shinra Manor. Lelaki misteri ini berjubah merah dan mempunyai genetik raksasa─serta hubungan tersembunyi dengan Sephiroth.

Cid Highwind

Sumber: Square Enix

Juruterbang yang mempunyai kemahiran berwibawa dalam menjalankan perkhidmatan ulang-alik daripada pelbagai landasan udara terbiar. Selepas Cloud dan rakan menjumpainya, dia menerbangkan mereka ke seluruh dunia dengan Tiny Bronco kesayangannya.

Dyne

Sumber: Square Enix

Dyne pernah menjadi kawan rapat Barret, ketika mereka berdua mencari rezeki di lombong arang batu Corel. Kini, dia adalah seorang yang dikehendaki dengan pistol dicantumkan di lengan kirinya, dan lokasi semasanya tidak diketahui.

Dio

Sumber: Square Enix

Pemilik Gold Saucer yang berkarisma. Terkenal dengan susuk tubuh tegap dan misainya, Dio sering didapati menyertai perarakan tamannya, melenturkan ototnya di hadapan ramai tetamu yang menjerit.

Doctor Sheiran

Sumber: Square Enix

Walaupun kliniknya di North Corel kecil, hati dan intelek Doktor Sheiran agak besar. Sejak kebelakangan ini, dia telah menjaga orang berjubah hitam yang sampai ke bandar, dan cuba untuk mendedahkan kebenaran di sebalik penyakit misteri mereka.

Solemn Gus

Sumber: Square Enix

Gus seorang seorang yang pandai berbual ditambah dengan caranya membawa diri, tidak hairanlah kalau ramai orang yang menyukainya.

Biggs

Sumber: Square Enix

Selepas terselamat daripada Sector 7, Biggs sedar bahawa dia adalah ahli terakhir pemberontak anti-Shinra yang malang, Avalanche. Setelah pulih daripada kecederaannya, dia kini membalas dendam terhadap syarikat yang membunuh rakan-rakannya.

Combat — Synergy Attack & Summon

Synergy Attack ialah serangan kuat di mana dua watak bergabung untuk mengubah arus pertempuran. Lebih banyak kebolehan akan dibuka apabila anda meningkatkan level parti dan mengeratkan pertalian antara ahli parti. Isi tolok sinergi dengan menggunakan kebolehan, kemudian lepaskan serangan sinergi! Berikut adalah contoh-contoh Synergy attack:

  • Cloud/Aerith: Firework Blade
  • Tifa/ Cait Sith: Moogle Dunk Shot

Menggunakan materia summon akan memberikan akses kepada kuasa dewa. Dewa sihir akan mengikut petunjuk anda dan melawan musuh secara automatik, tetapi anda juga boleh mengarahkan mereka untuk menggunakan kebolehan istimewa. Sebelum mereka meninggalkan medan perang, summon akan melancarkan satu serangan terakhir yang akan memberikan damage yang besar. Berikut adalah summon yang muncul dalam trailer baharu itu:

  • Titan
  • Bahamut Arisen
  • Phoenix

Hubungan — Friendship & Loveless

Sumber: Square Enix

Tindakan Cloud dan cara dia bertindak balas terhadap ahli parti lain semasa bercakap dengan mereka akan menjejaskan hubungannya dengan mereka.

Dengan ikatan yang cukup kuat, anda mungkin mendapat beberapa faedah, jadi apabila anda berdepan dengan keputusan, anda mungkin perlu berfikir dengan teliti sebelum memberikan jawapan, terutamanya jika ia melibatkan watak kegemaran anda.

Sumber: Square Enix

Penerbitan teater berdasarkan puisi epik klasik Loveless. Ia menggambarkan perjuangan seorang wira menentang Dragon King, penguasa Guardia yang zalim, serta cintanya kepada Princess Rosa. Terima kasih kepada teknologi VR terkini, Princess Rosa membawakan persembahan ini berlainan daripada yang lain. Bergantung kepada hubungan anda dengan rakan-rakan penonton teater anda, orang yang memainkan watak Rosa mungkin berubah dengan sebahagian daripada skrip.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Final Fantasy VII Rebirth akan dilancarkan pada 29 Februari 2023 di PS5. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Final Fantasy daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasy viiFinal Fantasy VII Rebirth
ShareTweetSend
Previous Post

Baldur’s Gate 3 Menang Besar di The Game Awards 2023, Kutip 6 Anugerah!

Next Post

DLC FFXVI ‘Echoes Of The Fallen’ Tersedia Sekarang, Diikuti DLC ‘The Rising Tide’ Pada 2024 [TGA 2023]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
DLC FFXVI ‘Echoes Of The Fallen’ Tersedia Sekarang, Diikuti DLC ‘The Rising Tide’ Pada 2024 [TGA 2023]

DLC FFXVI 'Echoes Of The Fallen' Tersedia Sekarang, Diikuti DLC 'The Rising Tide' Pada 2024 [TGA 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd