Semasa acara The Game Awards, Final Fantasy 16 telah mendedahkan trailer terbaru mereka bertajuk “Revenge”. Bukan setakat itu sahaja, tarikh rasmi pelancaran juga telah diumumkan!
Eksklusif di PlayStation 5 selama 6 bulan, Final Fantasy 16 akan tersedia pada 22 Jun 2023! Peminat sudah boleh pra tempah game tersebut sekarang! Game tersebut kemungkinan besar akan hadir ke platform lain pada 2024. Jadi lebih ramai pemain berpeluang untuk mencuba entri terbaru Final Fantasy ini.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Final Fantasy 16 membawa anda mengikuti kisah adik beradik Rosfield iaitu Clive dan Joshua. Berlaku di Valisthea, kita melihat konflik politik serta persengketaan antara negara. Game ini menampilkan sistem real-time combat tetapi bukanlah sebuah game open-world.

Dengan pendedahan trailer baru itu, nampaknya pembangunan Final Fantasy 16 sudah hampir tamat. Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk main game tersebut. Apa pun, anda boleh pra-tempah game itu dahulu di PS Store.
Untuk mendapatkan segala liputan tentang The Game Awards 2022 daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post