Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem sekuel Jurassic World: Dominion akan keluar di Malaysia pada 9 Jun 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2021
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem sekuel Jurassic World: Dominion akan keluar di Malaysia pada 9 Jun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

United International Pictures Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mulai 9 Jun 2022, pawagam Malaysia akan memulakan tayangan untuk Jurassic World: Dominion, yang ditulis bersama dan diarahkan oleh Colin Trevorrow, bersama bantuan produser eksekutif Steven Spielberg selaku pencipta francais.

Berikut adalah preview baru berdurasi 5 minit:

Preview ini termasuk prolog kepada naratif filem yang berlatarkan 65 juta tahun lalu (semasa zaman Cretaceous) di mana dinosaur masih berkeliaran di Bumi. Menunjukkan rupa Bumi sebelum kewujudan manusia, ia menceritakan asal usul bagaimana DNA dinosaur mula-mula dibawa oleh nyamuk mitos. Pada masa sama, beberapa spesies dinosaur baru telah dicipta oleh Industrial Light & Magic (syarikat efek visual terkenal) yang sebelum ini tidak pernah dilihat dalam mana-mana filem Jurassic lama. Adegan yang dipamerkan juga menampilkan skor lagu ikonik oleh pemenang Oscar, Michael Giacchino.

Jurassic World: Dominion diterbitkan oleh Frank Marshall dan Patrick Crowley, serta membintangi:

  • Chris Pratt
  • Bryce Dallas Howard
  • Laura Dern
  • Sam Neill
  • Jeff Goldblum.

Trevorrow menulis screenplay dengan Emily Carmichael daripada cerita oleh Derek Connolly dan Trevorrow. Selain Trevorrow dan Spielberg, Alexandra Derbyshire adalah salah satu produser eksekutif.

You can now see The prologue of Jurassic World: Dominion, a special preview  of the next film that shows us seven dinosaurs never seen before - Market  Research Telecast

Sebelum ini, Trevorrow mengarahkan file, Jurassic World (2015), yang mencatatkan kutipan sebanyak $1.67 bilion di seluruh dunia dan merupakan filem keenam dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam. Francais Jurassic, yang menyambut ulang tahun ke-25nya pada 2018, telah mencatatkan kutipan lebih daripada $5 bilion di box office seluruh dunia.

Bagi penonton Malaysia, Jurassic World: Dominion akan ditayangkan di pawagam pada 9 Jun 2022. Untuk segala berita tentang filem terkini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemJurassic World: Dominionmovie
Previous Post

Ini 8 manga popular yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi!

Next Post

Jualan Black Friday Gamers Hideout – Boleh dapat game PS5 RM 100!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?
Panduan

Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?

June 6, 2025
Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum
Panduan

Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum

June 6, 2025
Next Post
Jualan Black Friday Gamers Hideout – Boleh dapat game PS5 RM 100!

Jualan Black Friday Gamers Hideout - Boleh dapat game PS5 RM 100!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd