Untuk semua peminat anime dan manga di luar sana, Golden Screen Cinemas aka GSC dan Encore Films mengingatkan kita semua sekali lagi bahawa mereka akan menayangkan filem live-action Tokyo Revengers di Malaysia pada 9 Disember 2021.
Berdasarkan manga popular dengan nama sama oleh Ken Wakui, filem ini dibuka di Jepun pada 9 Julai 2021 dan diarahkan oleh Tsutomu Hanabusa, dengan skrip oleh Izumi Takahashi, dan muzik oleh Yutaka Yamada. Para pelakon yang terlibat termasuk Takumi Kitamura sebagai Takemichi Hanagaki, Yuki Yamada sebagai Ken Ryūgūji, Ryō Yoshizawa sebagai Manjirō Sano, dan lain-lain.
Sinopsis: Takemichi Hanagaki seorang lelaki menganggur berusia 26 tahun. Dia mendapat tahu bahawa seorang kawan masa kecil dan bekas pacarnya Tachibana Hinata telah meninggal dunia setelah bertembung dengan suatu geng dilibatkan adiknya Naoto bernama Tokyo Manji-kai. Takemichi nyaris maut dilanggar keretapi namun menyedari bahawa dirinya kembali ke masa lampau saat di bangku sekolah tinggi; Takemichi cuba mengubah masa depan agar Tachibana selamat dengan memasuki geng Manji-kai, gerombolan paling ganas di wilayah Kanto.


Seperti saya kata di atas, Tokyo Revengers dicipta oleh Ken Wakui dan mula diterbitkan di majalah Majalah Shōnen Mingguan milik Kodansha pada 1 Mac 2017. Sebanyak 22 jilid tankōbon telah dibukukan setakat 16 April 2021.
Pada Jun 2020, ia telah diumumkan bahawa Tokyo Revengers akan menerima sebuah adaptasi siri televisyen anime yang dihasilkan oleh Liden Films. Ia ditayangkan secara perdana di saluran MBS dan rangkaian-rangkaian lain pada 11 April 2021 manakala Muse Communication telah melesenkan siri ini bersama sarikata bahasa Melayu di saluran YouTube Muse Malaysia. Buat masa ini, Tokyo Revengers merupakan siri manga ketiga terlaris di separuh pertama 2021 (tempoh antara November 2020 dan Mei 2021), di belakang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dan Jujutsu Kaisen, dengan lebih 5 juta salinan terjual.

Jika anda peminat, jangan lupa untuk tonton filem live-action Tokyo Revengers di pawagam GSC terdekat apabila ia ditayangkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Disember 2021. Untuk segala liputan kami tentang Tokyo Revengers termasuk fakta trivia tentang setiap ahli, maksud di sebalik logo kontroversi mereka, dan lain-lain, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post