Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Live-Action Street Fighter Dijangka Akan Tayang Pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Live-Action Street Fighter Dijangka Akan Tayang Pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut laporan baharu, Legendary Pictures dan Sony telah menetapkan tarikh tayangan untuk filem adaptasi live-action Street Fighter yang dijangka akan dikeluarkan pada 2026. Secara khusus lagi, maklumat ini datang daripada laman hiburan Variety, yang melaporkan bahawa filem tersebut akan ditayangkan pada 20 Mac 2026.

Kredit: Capcom

Pada mulanya, adik-beradik pengarah Danny dan Michael Philippou diberi tugas untuk mengarah filem itu, tetapi terpaksa meninggalkan projek kerana konflik jadual untuk filem yang sedang diusahakan sekarang bersama A24, “Bring Her Back”.

Nampaknya Legendary tidak boleh bersabar untuk menunggu jadual mereka kosong, lalu membuat keputusan untuk meneruskan projek ini. Dibuat bersama pengawasan Capcom, pencipta asal kepada francais Street Fighter, kini Legendary sedang mencari pengarah baharu untuk filem live-action Street Fighter.

Kredit: Capcom

Malangnya, tidak banyak yang didedahkan tentang filem tersebut selain daripada tarikh tayangan. Kami masih tidak tahu siapa yang akan berlakon dalam filem ini manakala butiran plot masih dirahsiakan.

Seperti yang dinyatakan dalam artikel dahulu, ini bukanlah filem aksi langsung pertama untuk francais fighting game popular ini. Filem pertama ditayangkan di pawagam pada tahun 1994, manakala filem kedua diikuti pada tahun 2009; yang bertajuk Street Fighter: The Legend of Chun-Li. Walaupun memakai nama francais game terkenal, kedua-dua filem Street Fighter dianggap sebagai kegagalan di box office.

Kredit: 20th Century Fox

Namun, permainan video kini mendapat sambutan hangat di pawagam dan televisyen dari segi ulasan positif dan pendapatan box-office.

Antara contoh berjaya adalah seperti Super Mario Bros. Movie, siri HBO The Last of Us , Fallout oleh Prime Video, Arcane di Netflix, dan banyak lagi. Dengan kerjasama Legendary dan Capcom untuk mencipta filem live action ketiga Street Fighter, mungkin ada harapan projek ini menjadi blockbuster.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: live-actionStreet Fighter
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece: Jewelry Bonney Pun Bertukar Jadi Sun God Nika?

Next Post

Sambut Victory Dengan Bergaya Bersama ‘Koleksi Razer | Fortnite PC Peripheral’ – Unboxing Khas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!
Acara

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!

July 10, 2025
Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok
Movie/siri

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

July 10, 2025
Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!
Mobile

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

July 10, 2025
Next Post
Sambut Victory Dengan Bergaya Bersama ‘Koleksi Razer | Fortnite PC Peripheral’ – Unboxing Khas!

Sambut Victory Dengan Bergaya Bersama 'Koleksi Razer | Fortnite PC Peripheral' - Unboxing Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd