Sejak projek ini diumumkan, ramai peminat anime di seluruh dunia sabar menunggu filem Dragon Ball Super: Super Hero. Di Jepun, filem ini sudah pun ditayangkan di pawagam mereka tetapi bagaimana dengan negara kita? Saya datang dengan berita baik kerana Dragon Ball Super: Super Hero sah akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Ogos!
Untuk maklumat tentang tiket tayangan filem, boleh KLIK DI SINI.
Bukan berita bocor, bukan teori – info ini sendiri disahkan oleh Crunchyroll dan Toei Animation serta TGV Cinemas yang secara rasminya mendedahkan tarikh tayangan teater global untuk Dragon Ball Super: Super Hero. Selain tarikh tayangan di Malaysia, Crunchyroll turut mengesahkan bila filem itu akan dikeluarkan di negara Asia Tenggara lain. Senarai penuh adalah seperti berikut:
- 19 Ogos: Vietnam
- 26 Ogos: Indonesia
- 30 Ogos: Malaysia, Brunei
- 31 Ogos: Filipina
- 1 September: Singapura
- 29 September: Thailand

Walaupun Goku dan Vegeta muncul dalam filem ini, Dragon Ball Super: Super Hero sebaliknya akan memfokuskan pada Gohan dan Piccolo, dan ikatan yang telah dikongsi oleh mereka sejak Piccolo mula-mula melatih Gohan untuk mengawal kuasanya.
Filem ini akan menyaksikan kedua-duanya berhadapan dengan Red Ribbon Army baru, yang menculik Pan (anak perempuan Gohan) dan mencipta dua pahlawan android baharu, Gamma 1 dan Gamma 2. Disebabkan filem ini berlangsung selepas kejadian Broly, Goten, Trunks (dan juga Gotenks) dan Pan, telah semakin besar dan diberi reka bentuk baru untuk menggambarkan perkembangan masing-masing.

Ini adalah filem ke-21 dalam francais dan filem kedua di bawah era Dragon Ball Super serta adalah filem pertama dalam francais yang dianimasikan sepenuhnya menggunakan CG. Ramai was-was kerana penggunaan animasi 3D tetapi nampaknya Toei Animation kerana ramai peminat kagum dengan cara mereka melaksanakan visual.

Selepas tayangan filem, beberapa spoiler tentang jalan cerita telah mula menular di internet di mana peminat membincangkan tentang kehebatan Gohan dan identiti sebenar bagi beberapa watak khusus. Jika tidak kisah tentang spoiler, korang boleh baca rumusan kami di sini.
Sekali lagi saya ingatkan, filem anime Dragon Ball Super: Super Hero akan keluar di Malaysia pada 30 Ogos 2022.
Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.
Sumber – Crunchyroll
@gamersantaimy
Discussion about this post