Mesti anda pernah mendengar tentang filem The Journey, sebuah filem anime yang menceritakan semula tentang kisah tentera Abraha yang ingin menakluki Mekah. Filem anime tersebut nampaknya akan hadir dengan alih suara bahasa Melayu tidak lama lagi! Anda boleh tonton dahulu trailer rasmi di bawah.
The Journey versi bahasa Melayu akan ditayangkan bermula 15 Julai 2023 melalui Astro First, saluran 480. Jadi kalau anda seorang pelanggan Astro, bolehlah sewa filem ini untuk ditonton beramai-ramai!
Untuk pengetahuan anda, filem The Journey merupakan sebuah projek kolaborasi antara Arab Saudi dan Jepun melalui Manga Productions dan Toei Animation. Ia telah pun dilepaskan dalam bahasa Jepun dan Arab. Bukan setakat itu sahaja, ia juga tersedia di platform Crunchyroll, malangnya ia tidak tersedia untuk ditonton di Malaysia. Dengan pengumuman baharu daripada KRU Studios ini, dapat juga kita menonton filem hebat ini. Dengan adanya alih suara bahasa Melayu, lebih mudah untuk filem anime The Journey ditonton oleh semua orang.

Berikut adalah sinopsis rasmi melalui KRU Studios:
“Kedatangan tentera penceroboh yang diketuai oleh Abraha untuk menawan Kota Mekah membuatkan sekumpulan kecil petani dan peniaga berganding bahu untuk mempertahankan tanah mereka. Mereka berjuang bersama seorang lelaki yang berani dan rendah hati, Aws. Dapatkah mereka mempertahankan Kota Mekah?”
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post