Mungkin ada antara anda yang terlepas berita, tetapi Hayao Miyazaki sebenarnya telah menghasilkan sebuah filem anime baharu. Filem anime tersebut bertajuk ” How Do You Live?”, dihasilkan oleh Studio Ghibli dan akan ditayangkan pada 14 Julai 2023 di Jepun. Selalunya kalau filem baharu keluar pasti kita melihat promosi seperti teaser, trailer dan visual rasmi filem. Tetapi situasi yang berbeza berlaku untuk filem baharu Studio Ghibli ini.
Melalui sebuah temu ramah, produser Studio Ghibli Toshio Suzuki telah mendedahkan sesuatu yang menarik tentang filem “How Do You Live?”. Katanya dia telah “letih” dengan kitaran pemasaran penuh, malah memberi petunjuk bahawa dia mahupun Hayao Miyazaki mempunyai tenaga untuk melakukannya lagi.
“Anda akan rasa letih melakukan perkara yang sama berulang kali. Kami mahu cuba sesuatu yang baharu kali ini.” Ujarnya lagi. Beliau turut mengatakan jika penonton berminat untuk menonton sesuatu, mereka tidak perlu menonton trailer untuk diyakinkan. Tambahnya, beberapa filem telah merosakkan cerita mereka melalui trailer yang ditayangkan.
Buat masa sekarang, hanya satu poster sahaja yang didedahkan untuk filem “How Do You Live?”. Tiada sebarang info mengenai pelakon suara mahupun sinopsis yang didedahkan. Tetapi ada sedikit petunjuk tentang filem ini.
Kalau anda ingin tahu, Studio Ghibli mendedahkan sedikit info, di mana filem baharu itu merupakan sebuah filem fantasi yang diinspirasikan oleh novel yang ditulis oleh Genzaburo Yoshino dengan tajuk yang sama. Novel tersebut menceritakan tentang perkembangan emosi dan falsafah seorang budak lelaki selepas kematian bapanya.
Agaknya apalah kisah yang akan disajikan dalam filem anime terbaharu Studio Ghibli itu nanti. Tidak sabar untuk mengetahui pendedahannya apabila filem itu ditayangkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post