Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem anime My Hero Academia: World Heroes Mission mendedahkan trailer & sinopsis rasmi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 29, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem anime My Hero Academia: World Heroes Mission mendedahkan trailer & sinopsis rasmi!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memulakan fasa “Final Act” di manga, dan pelancaran anime musim ke-5, My Hero Academia kini sedang sibuk menghasilkan filem ketiga, My Hero Academia: World Heroes Mission! Disahkan akan keluar di Jepun pada Ogos 2021, anda boleh melihat trailer rasmi di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=aQpwCKZyEy8

My Hero Academia THE MOVIE: World Heroes Mission akan dilancarkan di pawagam Jepun pada 6 Ogos, tetapi malangnya, belum ada pengesahan tentang tayangan antarabangsa untuk filem anime ini. Untuk kisah filem ini, nampaknya Deku harus menghadapi ancaman baru yang lebih bahaya. Ternyata, sebuah kumpulan pengganas bertekad untuk membunuh semua orang yang memiliki quirk, dan ia jatuh kepada “hero” kita untuk menyelamatkan dunia sekali lagi. Berikut adalah sinopsis rasmi dari Aitaikimochi:

“Sebuah kumpulan misteri bernama Humarize amat percaya pada teori Quirk Singularity Doomsday yang menyatakan ‘apabila quirk bercampur dengan generasi akan datang, quirk itu akan membawa kepada penghapusan umat manusia.

Mereka telah menanam “Ideo Trigger Bombs” di beberapa negara di seluruh dunia yang memaksa pengguna menjadi balistik dan menyebabkan pemusnahan besar-besaran. Untuk menyelamatkan semua orang, Pro-Hero di seluruh dunia meminta hero-dalam-latihan dari U.A. Academy untuk membantu mereka dan membentuk Pasukan Hero Terpilih Berkelaskan Dunia. Objektif mereka adalah untuk menghentikan bom di seluruh dunia.

Deku, Bakugou, dan Todoroki, yang kini berlatih di agensi Endeavour, dipanggil untuk pergi ke negara yang jauh bernama “Oseon.” Namun, semasa operasi itu, Deku terlibat dalam satu peristiwa yang menyebabkan dia menjadi salah satu penjenayah paling dikehendaki di dunia. Dalam kekacauan ini, kumpulan Humarize mengumumkan kepada dunia bahawa mereka adalah dalangnya dan “had masa adalah 2 jam.”

Ia terserah kepada para Hero untuk menyelamatkan dunia dan masa depan hero lain dalam krisis paling berbahaya yang pernah berlaku dalam kisah My Hero Academia!”

Menampilkan sebuah jalan cerita asli tiada dalam manga, pencipta Kohei Horikoshi akan bertindak sebagai ketua penyelia dan menyediakan reka bentuk untuk watak-watak baru. Kakitangan dari filem dan siri anime juga akan kembali ke World Heroes Mission di mana Kenji Nagasaki akan mengarahkan filem ke-3 untuk studio BONES, skrip dari Yousuke Kuroda, Yoshihiko Umakoshi sebagai pereka watak, dan Yuki Hayashi sebagai komposer muzik.

Itu sahaja info untuk My Hero Academia: World Heroes Mission, untuk segala liputan kami tentang francais My Hero Academia, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemmangaMy Hero AcademiaMy Hero Academia: World Heroes Mission
Previous Post

Pandangan Pertama Samsung Galaxy A52 – Jiwa Muda dengan warna, kamera dan kuasa yang memuaskan!

Next Post

Pelbagai kemaskini akan datang termasuk aksi epik Godzilla Vs. Kong di PUBG MOBILE!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Pelbagai kemaskini akan datang termasuk aksi epik Godzilla Vs. Kong di PUBG MOBILE!

Pelbagai kemaskini akan datang termasuk aksi epik Godzilla Vs. Kong di PUBG MOBILE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd