Buat peminat K-pop, bersiap sedia kerana KPop Demon Hunters, sebuah filem animasi yang menggabungkan komedi, muzik, dan aksi fantasi, bakal menemui penonton di Netflix pada 20 Jun 2025.
Diarahkan oleh Maggie Kang dan Chris Appelhans, filem ini merupakan hasil kerjasama antara Columbia Pictures, Sony Pictures Animation, dan The Black Label, syarikat hiburan terkenal dari Korea Selatan yang sinonim dengan bintang global seperti BLACKPINK.
Kisah ini berkisar tentang Huntrix, kumpulan gadis K-pop terkenal yang terdiri daripada Rumi (Arden Cho), Mira (May Hong), dan Zoey (Ji-young Yoo).
Di siang hari mereka menghiburkan ribuan peminat di pentas, namun apabila malam menjelma, mereka berubah menjadi pemburu iblis yang berani, menggunakan muzik sebagai senjata mistik untuk menentang kuasa ghaib.
Namun, cabaran terbesar mereka muncul apabila berdepan dengan Saja Boys: kumpulan lelaki K-pop yang menawan tetapi sebenarnya diketuai oleh iblis menyamar bernama Jinu (Ahn Hyo-seop).

Barisan pelakon suara yang hebat turut menyerikan filem ini, termasuk Yunjin Kim, Daniel Dae Kim, Ken Jeong, Joel Kim Booster, Liza Koshy, dan Byung-hun Lee.
Runut bunyinya pun tidak kurang hebat, dengan lagu-lagu original dari artis seperti EJAE, Audrey Nuna, dan REI AMI, serta lagu tema utama berjudul “Takedown” yang dinyanyikan oleh Jeongyeon, Jihyo, dan Chaeyoung dari TWICE.
Kesemua muzik dalam filem ini diterbitkan oleh Teddy Park dan Danny Chung dari The Black Label.

Ahli TWICE turut meluahkan keterujaan mereka. “Kami rasa sangat teruja dapat terlibat dalam KPop Demon Hunters dan berhubung dengan watak-watak hebat ini melalui muzik. Ia satu pengalaman yang istimewa apabila dunia K-pop dan animasi bergabung dalam satu karya yang kreatif.”

Jangan lupa tandakan tarikh 20 Jun 2025, saksikan Huntrix naik ke pentas untuk memburu syaitan dan menyelamatkan hari, eksklusif di Netflix.
@gamersantaimy
Discussion about this post