Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, EA telah mengeluarkan pelbagai video terperinci yang mendedahkan ciri-ciri akan datang FIFA 23. Kita sudah membincangkan tentang gameplay, Career Mode, Pro Club dan kini tiba giliran FIFA 23 Ultimate Team aka FUT untuk menunjukkan apa yang baharu seperti sistem chemistry yang dikemas kini, game mode serba baharu dan banyak lagi.
Berikut adalah isi FIFA 23 Ultimate Team menurut EA:
Game mode FUT Moments
Dapatkan lagi banyak ganjaran dalam game mode single-player FUT Moments. Bagi pemain yang mungkin tidak mempunyai masa untuk bermain game 90 minit penuh atau ingin bermain game mode yang lebih pendek, FUT Moments membolehkan anda memainkan detik-detik gameplay yang dipendekkan. Game mode ini akan dikemas kini secara konsisten dengan senario baharu, yang terdiri daripada latihan kemahiran hingga ke senario berdasarkan kehidupan sebenar.
Untuk melengkapkan cerita, anda mesti menyelesaikan Moments – yang terdiri daripada satu hingga tiga cabaran yang mesti anda selesaikan untuk memperoleh Stars. Anda boleh memperoleh lebih banyak Stars pada tahap kesukaran yang lebih tinggi, dan jika anda tidak menyelesaikan cabaran dalam had masa, anda mesti ulang semula.
Stars yang diperoleh dalam cabaran kemudian boleh ditukar dengan ganjaran seperti pemain dan pack untuk membina skuad FUT anda. Ganjaran boleh didapati di FUT Star Gallery, di mana anda juga boleh mencari item pinjaman untuk membantu dengan keperluan skuad yang diperlukan bagi menyelesaikan beberapa cabaran.
Ciri “Chemistry” dapat rework

FIFA 23 juga menyaksikan rework kepada sistem Chemistry dalam FUT, yang membolehkan pemain membina lebih banyak skuad secara kreatif. Secara keseluruhan, EA telah membuang “chemistry” keseluruhan skuad dalam FUT 23, dengan tumpuan hanya untuk membina “chemistry” maksimum pemain individu. Link antara posisi dan sistem “loyalty” telah dibuang, di mana pemain kini boleh link/berhubung tidak kira apa posisi mereka di atas padang.
Pemain kini akan diberikan ‘Chemistry Points’: pemain boleh memperoleh sehingga tiga mata dan dinilai pada skala dari 0-3. Terdapat tiga faktor utama untuk menentukan skor chemistry bagi setiap pemain dalam XI permulaan anda – Preferred Position, Chemistry Threshold dan Manager Bonus.
- Preferred Position: pemain hanya boleh mendapatkan skor chemistry jika mereka berada dalam posisi pilihan. Pemain juga hanya akan menyumbang kepada skor chemistry pemain lain jika mereka berada dalam posisi pilihan mereka.
- Chemistry Threshold: jika pemain yang berada dalam posisi pilihan mereka mempunyai kelab, negara/rantau atau liga yang sama dengan pemain lain, skor chemistry kedua-dua pemain akan meningkat satu. Jika anda mempunyai tiga pemain dalam pasukan yang sama dari kelab, negara/rantau atau liga yang sama, mereka semua akan meningkat kepada tiga mata kimia.
- Manager Bonus: pemain yang berkongsi negara/rantau atau liga yang sama seperti pengurus akan melihat skor chemistry mereka meningkat sebanyak satu.
Satu lagi ciri baharu dalam FUT 23 ialah posisi alternatif. Kad Bronze, Silver dan Gold semuanya akan mempunyai satu posisi utama dan sehingga tiga posisi alternatif.

Sebagai contoh, posisi utama Kylian Mbappe daripada Paris Saint-Germain ialah ST, tetapi dia juga boleh bermain di CF dan LW. Dengan mengubahsuai posisi, dia kini boleh dimainkan di posisi alternatif tanpa menjejaskan skor chemistry.
Update tambahan
FIFA 23 juga membenarkan pemain menukar nama kelab mereka seberapa banyak yang mereka mahu. EA juga telah membuang pilihan ‘delete club’ daripada FUT 23.
FIFA 23 akan tersedia di seluruh dunia pada PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, PS4 dan Xbox One pada 30 September. Akses awal untuk FIFA 23 Ultimate Edition bermula pada 27 September, 2022.
Untuk segala liputan kami tentang FIFA 23, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post