Tarikh pelancaran untuk Jurassic World Aftermath Part 2 telah diumumkan semasa acara Future Games Show hari ini dan rupanya permainan akan keluar pada bulan depan! Sekuel yang dinanti-nantikan ini boleh dimain secara eksklusif di Oculus VR dan secara khusus akan datang pada 30 September 2021. Anda boleh melihat treler di bawah, dan teruskan membaca untuk maklumat lebih lanjut.
Jurassic World Aftermath Part 2 memberikan gameplay “stealth survival yang lebih intense” dalam dunia VR yang dihasilkan dalam reka bentuk cel-shaded. Mungkin ramai yang berfikir bahawa gaya seni ala-ala komik akan membuatkan permainan kurang menakutkan, tetapi jangan terkejut pula apabila ada dinosaur datang menyerang anda dari entah mana.
Anda perlu menyelinap melewati dinosaur-dinosaur ini di sebuah taman terbiar, dan menggunakan persekitaran untuk memastikan diri anda tersembunyi. Selain itu, anda boleh mengalihkan perhatian dinosaur dengan meletakkan umpan atau berinteraksi dengan persekitaran sekeliling. Selain itu, sejumlah teka-teki tersedia dalam VR tetapi jangan harap semuanya aman kerana banyak dinosaur termasuk T-Rex tidak akan berhenti mengejar anda.

Jalan cerita untuk Aftermath Part 2 tidak didedahkan terlalu mendalam, tetapi dari trelernya, kita boleh melihat Jeff Goldblum dan Laura Bailey akan berlakon semula sebagai watak ikonik mereka. Saya cuma tahu yang kita akan bermain sebagai insan malang yang terperangkap di taman dinosaur yang terbengkalai, jadi siap sedia lah.
Jurassic World Aftermath Part 2 akan dilancarkan di Oculus VR pada 30 September 2021. Untuk segala liputan kami tentang Future Games Show 2021, sila tekan pautan ini.
Sumber – Youtube
@gamersantaimy
Discussion about this post