Kami pasti ramai antara anda yang telah mengenali francais Fate daripada pelbagai siri anime mahupun game. Mesti ada antara anda yang ingin mencuba game original yang dikeluarkan. Tetapi disebabkan tiada terjemahan rasmi, memang susah untuk main visual novel ini. Berita baiknya, Fate/stay night REMASTERED akan dilancarkan dengan terjemahan bahasa Inggeris rasmi pada tahun ini!
Diumumkan oleh Type-Moon Games, Fate/stay night REMASTERED bakal hadir ke Nintendo Switch dan PC melalui Steam! Kalau anda ingin tahu, versi remastered ini merupakan remaster untuk game Fate/stay night [Réalta Nua] yang dilepaskan pada PS Vita pada 2012.
Fate/ stay night REMASTERED akan membawa grafik yang lebih baik daripada versi original game. Malah beberapa kandungan telah diubah supaya lebih ramai pemain boleh mainkannya. Bukan setakat itu sahaja, watak-watak juga kini mempunyai alihan suara daripada pelakon suara anime.
Memandangkan game ini sebuah visual novel, memang ia akan penuh dengan teks dan dialog daripada watak-watak. Anda juga perlu membuat pilihan sepanjang game dan pilihan tersebut akan membawa anda ke penamat tertentu. Jadi kalau anda ingin mendapatkan kesemua penamat tersebut, kenalah ulang main game ini berkali-kali.

Berikut adalah sinopsis pendek untuk game ini:
Fate/ stay night mengikuti kisah protagonis, Shirou Emiya, seorang pelajar di Homurahara Gakuen di Fuyuki City. Selepas kehilangan ibu bapanya dalam kebakaran besar 10 tahun yang lalu, Shirou telah dijaga oleh Kiritsugu Emiya yang telah mengajarnya sihir dan keadilan. Pelbagai perkara telah berlaku dan kini dia terlibat dalam Holy Grail War di mana dia akan bergelut dengan konflik dirinya. Adakah dia akan menjadi hero seperti bapa angkatnya atau mati mencuba?

Buat masa ini, tiada lagi tarikh pelancaran rasmi yang dijadualkan untuk game ini. Jadi kita nantikan pengumuman lanjut daripada Type-Moon pada masa akan datang. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post