Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fate/Samurai Remnant akan dilancarkan pada 28 September – gameplay pertama dipamerkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Fate/Samurai Remnant akan dilancarkan pada 28 September – gameplay pertama dipamerkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kita dapat pengesahan rasmi oleh Koei Tecmo dan Omega Force yang mengumumkan bahawa judul aksi RPG Fate/Samurai Remnant akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 29 September.

Sempena itu, mereka telah mengeluarkan video trailer pertama yang termasuk pelbagai info baru:

Dalam francais permainan video Fate, kita bermain sebagai sepasang “Master” dan roh pahlawan (dikenali sebagai Servant) yang mengambil bahagian dalam perang maut bernama Holy Grail War. Di penghujung perang maut ini, pasangan yang berjaya tahan hidup akan menerima artifak purba yang dapat memenuhi apa-apa permintaan.

Sebagai entri terbaru dalam francais, Fate/Samurai Remnant meneruskan kisah epik Holy Grail War pada Zaman Edo kuno Jepun.

Sinopsis

Kredit: Omega Force

Tahun ke-4 Era Keian, Zaman Edo… 49 tahun telah berlalu sejak Ieyasu, shogun Jepun, memulakan pemerintahan Keshogunan Tokugawa yang kini diturunkan kepada Shogun keempat, Ietsuna. Jumlah orang yang tinggal di Edo meningkat dari hari ke hari, dan bandar itu nampaknya sedang makmur. Walau bagaimanapun, jalan kini dipenuhi dengan ronin, dan hari-hari aman Edo nampaknya semakin pudar.

Di Asakusa, terdapat seorang pemuda bernama Miyamoto Iori. Dia adalah anak angkat dan perantis kepada samurai terkenal, Miyamoto Musashi. Iori memilih untuk tidak berkhidmat di bawah seorang tuan, sebaliknya menghabiskan hari-harinya melatih ilmu pedang. Tidak lama lagi, Iori mendapati dirinya terperangkap di tengah-tengah konflik yang mengerikan, berdarah dan penuh muslihat.

“Waxing Moon Ritual” boleh mengabulkan apa sahaja keinginan pemenang dan ternyata, tujuh individu tertarik dengan tawaran itu. Tujuh Servant dan tujuh Master, diseru ke dunia ini dan bermula satu pertempuran epik antara mereka.

Kredit: Omega Force

Gameplay

Kredit: Omega Force

Dalam game ini, kita akan mengawal Miyamoto Iori, seorang samurai yang mempelajari gaya ilmu pedang Niten Ichiryu. Dia bertarung bersama Saber, seorang Servant yang memiliki kekuatan melebihi manusia. Miyamoto Iori bertarung menggunakan dua pedang kembar, dan dapat bertukar antara lima gaya pertempuran berbeza, masing-masing dengan ciri unik sendiri.

Apabila bermain sebagai Iori, Servant-nya akan dikawal oleh AI. Musuh-musuh tertentu tidak boleh dicederakan oleh pedang Iori, namun mereka boleh diserang oleh Saber. Di sini, kita dapat mengarahkan Saber untuk menyerang gerombolan musuh tersebut atau terus bertukar kepadanya untuk mengawal arus pertempuran.

Kredit: Omega Force
Kredit: Omega Force
Kredit: Omega Force

Selain berlawan, pemain dapat meneroka bandar Yoshiwara, Kanda, Akasaka yang merupakan tempat-tempat terkenal di Edo. Semasa mengambil bahagian dalam kisah “Waxing Moon Ritual”, pemain dapat berinteraksi dengan pelbagai watak dan haiwan di bandar, mencari rahsia tersembunyi, bertarung dengan Master lain, atau mempelajari perkara yang akan membantu anda menguatkan diri sebagai Master.

Kredit: Omega Force
Kredit: Omega Force
Kredit: Omega Force

Fate/Samurai Remnant akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 29 September. Baca segala liputan kami tentang francais Fate di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fate/Samurai Remnantkoei tecmo
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Gundam Seed Baharu Dirancang Untuk Tayangan Sebelum Mac 2024

Next Post

Semua dalam satu pakej! Batman: Arkham Trilogy akan keluar di Nintendo Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Semua dalam satu pakej! Batman: Arkham Trilogy akan keluar di Nintendo Switch!

Semua dalam satu pakej! Batman: Arkham Trilogy akan keluar di Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd