Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fatal Fury: City of the Wolves Akan Datang Pada April 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, PS4, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Fatal Fury: City of the Wolves Akan Datang Pada April 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berbulan-bulan menunggu, SNK akhirnya mengumumkan bahawa Fatal Fury: City of the Wolves akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada 24 April 2025.

Fatal Fury: City of the Wolves mengumpul pelbagai wajah yang dikenali dan watak baharu, di mana sebanyak 17 watak boleh dimainkan semasa pelancaran. Pahlawan ikonik seperti Terry Bogard dan Rock Howard kembali bersama pencabar baharu, seperti Preecha dan Vox Reaper. Hari ini, SNK turut Mai Sharinui, ninja yang terkenal di seluruh dunia fighting tetapi kini berwajah baharu.

Berikut adalah info lanjut:

REV System dan Mekanik Baharu

Kredit: SNK

REV System menawarkan pelbagai gerakan ofensif yang dahsyat termasuk REV Arts dan REV Blows, yang membawa pertarungan ke tahap lebih tinggi. Sistem klasik seperti Combination Attacks, Just Defense dan S.P.G. juga kembali, tetapi diolah semula untuk sistem pertempuran moden kawalan.

Kredit: SNK

Selain itu, game ini menampilkan sistem kawalan untuk para veteran dan pemain baharu. Arcade Style menawarkan ketepatan dan teknik, manakala Smart Style membolehkan kombo yang mudah dan bombastik dengan input mudah. Kedua-dua pemain baru dan pemain berpengalaman boleh berasa kuat dengan skema kawalan pilihan mereka.

Fatal Fury: City of the Wolves menyokong fungsi rollback netcode dan cross-platform, menawarkan keselesaan dan kelancaran untuk pemain di mana-mana sistem.

Kisah Saling Berjalin

Kredit: SNK

Teroka jauh ke South Town dalam Arcade Mode (story mode), di mana para pahlawan berkumpul dan bertarung sesama sendiri untuk legasi Geese Howard. Didorong oleh emosi yang kuat dan persaingan masa lalu, mereka berlumba-lumba ke pertarungan yang telah lama ditunggu-tunggu.

Kredit: SNK

Seterusnya adalah “Episodes of South Town” (EOST), sebuah RPG solo di mana pencabar bertempur dalam keadaan unik, memperoleh XP dan mengasah kemahiran di sepanjang jalan. Naik level dan kejar mahkota South Town untuk bina legasi sendiri.

Kredit: SNK

Akhir sekali, anda boleh mengubah suai penampilan mana-mana pahlawan melalui pelbagai pilihan pakaian dan warna, serta corak yang berbeza—yang semuanya dibuka dalam Episodes of South Town—dan banyak lagi!


Fatal Fury: City of the Wolves kini dibuka untuk pre-order melalui laman web rasmi. Sesiapa yang membuat pre-order akan menerima kostum Terry Bogard berdasarkan penampilan Fatal Fury klasiknya, serta akses awal selama tiga hari mulai 21 April 2025.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fatal Fury: City of the Wolves
ShareTweetSend
Previous Post

Free-To-Play! Marvel Rivals Akan Lancar Pada 6 Disember!

Next Post

Filem ‘Look Back’ Akan Ditayangkan Pada 12 September Di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Filem ‘Look Back’ Akan Ditayangkan Pada 12 September Di Malaysia

Filem ‘Look Back’ Akan Ditayangkan Pada 12 September Di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd