Koei Tecmo telah mengumumkan game seram terbaru untuk francais Fatal Frame! Game tersebut bertajuk Fatal Frame: Mask of the Lunar Eclipse akan dilancarkan ke PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam. Game ini dijadualkan untuk lancar pada 9 Mac 2023.
Untuk pengetahuan anda, game ini merupakan versi remaster yang telah dikeluarkan di konsol Wii pada tahun 2008. Bukan setakat itu sahaja, ini kali pertama game tersedia untuk pemain luar negara.
Sinopsis
Apabila protagonis masih kanak-kanak, mereka melawat pulau terpencil yang dipanggil “Pulau Rogetsu”. Semasa perayaan, mereka telah hilang secara misteri. Ceritanya bermula apabila gadis-gadis tersebut telah membuat keputusan untuk kembali dan melawat pulau tersebut dan mencari kenangan yang hilang pada hari itu.

Cuba untuk menghalau hantu yang menceroboh, serta bergantung pada cahaya lampu suluh dan kamera, Camera Obscura. Kamera ini mempunyai kebolehan untuk menghalau hantu serta memerangkapkan mereka dengan menangkap gambar mereka. Dengan menggunakan kanta yang lebih kuat dan tukar filem boleh menjadikannya lebih berkuasa. Dedahkan “perkara yang tidak dapat dilihat” untuk mencari petunjuk yang akan membantu dalam penemuan benda yang hilang.

Semasa meneroka Pulau Rogetsu, terdapat pelbagai bangunan seperti rumah agam dan hospital terbiar. Anda perlu bergantung pada cahaya bulan dan lampu suluh ketika di tempat itu. Cerita yang diteruskan dengan “menyentuh” tempat yang memanggil anda.

Dari artikel dan nota akhbar yang lalu, anda akan mengetahui tentang masa lalu di mana insiden keji berlaku dan membongkar kenangan hilang protagonis, dan mencari kebenaran.

Fatal Frame: Mask of the Lunar Eclipse remaster juga menampilkan mod foto serba baharu bersama-sama kostum baru yang diubah. Grafik juga telah dipertingkatkan untuk memberikan pengalaman yang lebih menakutkan. Video serta model watak juga telah diperkemaskan untuk menyampaikan cerita dengan lebih baik. Siap sedialah untuk mengikuti kisah ketiga-tiga gadis ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post