Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fast X – Sekuel Fast & Furious 10 dalam pembikinan

safwan by safwan
April 21, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Fast X – Sekuel Fast & Furious 10 dalam pembikinan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua tahun F9 ditayangkan, Fast X yang merupakan filem ke-10 dalam francais Fast and Furious sedang dihasilkan. Mereka memungut $726 juta di box office semasa F9 ditayangkan. Justin Lin yang sebelum ini mengarah dalam filem Fast & Furious, The Fast and the Furious: Tokyo Drift, Fast Five dan Fast & Furious 6, kini kembali mengarah untuk filem Fast X.

Fast X akan dibintangi oleh Vin Diesel sebagai Dominic Toretto dan Charlize Theron yang meneruskan peranan mereka. Filem ini akan membawa kembali veteran francais seperti Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Ludacris, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel dan Sung Kang. Barisan pelakon Fast X turut menyertakan beberapa pelakon tambahan baharu seperti Jason Momoa, Brie Larson dan Daniela Melchior.

Fasten your seat belts. FAST X is now in production. pic.twitter.com/08K6Eai3c1

— Fast & Furious (@TheFastSaga) April 20, 2022

Logo dan tajuk Fast X meneruskan tradisi francais yang tidak mempunyai sebarang corak pada tajuknya. Tajuk Fast X adalah paling serupa dengan Fast Five, kerana ia adalah satu-satunya filem yang tidak menggunakan nama Furious pada tajuk francais. Ini kali pertama nombor filem Fast & Furious menggunakan angka Rom.

Bagi logo itu sendiri, “X” dalam Fast X nampaknya seperti lampu depan yang berisi air. Dengan logo yang ditunjukkan, ia berpotensi untuk menggambarkan filem Fast & Furious menggunakan kereta dalam air. Butiran cerita mengenai Fast & Furious 10 masih belum didedahkan.

Buat masa sekarang Fast X sedang menjalani penggambaran, logo dan tajuk hanyalah permulaan bagi Diesel dan ahli pelakon lain untuk mendedahkan info tentang filem tersebut. Bintang francais itu selalunya sangat menonjol dengan menunjukkan gambar di belakang tabir sewaktu pembikinan filem, memberikan kemas kini tentang cara penggambaran berlangsung, dan juga mengalu-alukan ahli pelakon baharu.

Sebelum ini, Diesel pernah memberitahu Total Film bahawa filem baharu itu akan dibahagikan kepada dua bahagian kerana terdapat banyak perkara yang perlu dijelaskan.

Bahagian satu Fast X akan ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat pada 19 Mei 2023. Bahagian kedua dikhabarkan akan dikeluarkan pada 2024. Mereka masih belum umumkan sebarang tarikh untuk ditayangkan di Malaysia. Jadi apa pendapat korang tentang Fast X yang berkemungkinan akan berlaku dalam air? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Fast and Furious, sila klik pautan ini.

Sumber: Screen Rant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fast & FuriousFast X
Previous Post

Sonic Origins akan dilancarkan pada 23 Jun 2022, sempena hari lahir Sonic!

Next Post

Bunuh raksasa sambil minum boba tea dalam ‘Cuisineer’ – Boleh wishlist di Steam

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Bunuh raksasa sambil minum boba tea dalam ‘Cuisineer’ – Boleh wishlist di Steam

Bunuh raksasa sambil minum boba tea dalam 'Cuisineer' - Boleh wishlist di Steam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd