Sudah hampir 3 tahun anime Fairy Tail ditamatkan. Siri ini merupakan salah satu manga popular yang dihasilkan oleh Hiro Mashima dengan dunianya yang penuh dengan fantasi dan kuasa magic. Ia mampu bersaing bersama tajuk shonen besar seperti Naruto, Bleach dan One Piece. Dan antara soalan yang selalu ditanya oleh para peminat, apakah hubungan sebenar Natsu dan Lucy dalam siri Fairy Tail ini.

Sebelum itu, untuk anda yang tidak tahu. Para peminat siri ini telah memberi nama khas buat Natsu dan Lucy, iaitu NaLu. Mereka berdua adalah antara pasangan yang sering disebut oleh peminat, tetapi Hiro Mashima tidak pernah memberi kenyataan rasmi tentang hubungan mereka. Walaupun siri original Fairy Tail telah tamat, para peminat masih mengharapkan pengesahan untuk hubungan Natsu dan Lucy dalam projek Fairy Tail pada masa akan datang.
Natsu dan Lucy sentiasa berkongsi saat-saat yang penuh dengan cabaran membuktikan bahawa kedua-dua mereka sangat mengambil berat antara satu sama lain. Natsu adalah orang pertama yang menjemput Lucy ke Fairy Tail Guild dan dari situ, mereka dengan mudah menjalinkan hubungan. Terpulang kepada anda untuk secara romantik atau sekadar kawan.

Ketika Phantom Lord Arc, Lucy memanggil Natsu apabila dia jatuh daripada Phantom Tower, dia sepertinya sudah tahu bahawa Natsu akan menyelamatkannya. Ini menunjukkan ikatan istimewa di antara mereka berdua. Dan semasa Eclipse Arc, pembukaan anime yang ke-15 menunjukkan detik NaLu yang ketara di mana Natsu mengamuk selepas Future Lucy dibunuh, ini menunjukkan bahawa Lucy adalah seorang yang sangat penting buat Natsu.
Terdapat juga petunjuk yang lebih umum yang berulang kali diberikan, petunjuk yang paling jelas ialah Natsu telah melihat Lucy berbogel beberapa kali dan tidak pernah berasa malu. Adegan di mana Natsu dan Lucy menyelamatkan satu sama lain selalunya berakhir dengan mereka berpelukan dengan cara yang romantik. Selain itu semasa episod filler, terdapat adegan antara mereka hampir bercium tetapi berakhir dengan adegan lucu.

Kalau difikirkan kembali, Natsu dan Lucy adalah pasangan yang secocok kerana sejarah panjang mereka dan personaliti yang hampir sama. Sedangkan pencipta Fairy Tail juga pernah mengusik peminat tentang hubungan beberapa kali, tetapi masih belum disahkan olehnya.
Jadi, mengapa mereka tidak meluahkan sahaja perasaan mereka? Dan bagaimanakah kisah mereka akan berakhir? Anda boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post