Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Etrian Odyssey III HD Membawa Anda Terokai Lautan yang Terbentang Luas!

Maira by Maira
May 24, 2023
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, RPG, Steam
0 0
0
Etrian Odyssey III HD Membawa Anda Terokai Lautan yang Terbentang Luas!

Kredit imej: Sega

Share on FacebookShare on Twitter

Etrian Odyssey Origins Collection akan hadir ke Nintendo Switch dan Steam pada 1 Jun ini! Kami telah menceritakan sedikit sebanyak mengenai Etrian Odyssey III HD minggu lalu. Kali ini kami ingin ceritakan pula tentang cara untuk anda meneroka melalui lautan! Kalau anda ingin tahu, ia penting dalam game tersebut. Tanpa membuang masa, jom kita teruskan.

Sumber: Sega

Dalam Etrian Odyssey III HD bukan sahaja anda boleh meneroka labyrinth bawah tanah yang disambungkan ke dasar lautan dan anda juga boleh menaiki kapal dan mengembara di laut. Plot carta laut, atau tukar hasil tangkapan anda untuk wang atau barang. Menukar peralatan pada kapal anda boleh membolehkan anda belayar lebih jauh dan akan menjejaskan kadar tangkapan ikan anda—malah anda boleh menenggelamkan kapal lanun yang menjengkelkan dengan memasang meriam pada kapal anda.

Sumber: Sega

Ada legenda menceritakan tentang tempat misteri yang berada di pinggir laut. Anda telah ditugaskan untuk memburu lokasinya dan menandakannya pada carta laut anda.

Sumber: Sega

Semua jenis bahaya bersembunyi di perairan, seperti arus yang akan menyesatkan kapal anda dan pusaran air yang akan menyebabkan lekuk pada badan kapal anda. Jarak yang boleh ditempuh kapal anda akan dipengaruhi oleh sumber dan peralatan anda. Pelayaran yang selamat bergantung pada peralatan kapal anda dan cara anda mengharungi bahaya lautan.

Harungi lautan bersama 4 pemain lain

Oceanic Quest

Oceanic quest merupakan ciri multiplayer yang membolehkan lima pemain untuk bermain bersama melalui Internet ataupun sambungan lokal. Setiap pemain memilih pengembara tersendiri lalu membentuk satu party untuk mengalahkan boss raksasa yang berkeliaran di lautan. Jika anda berjaya mengalahkannya, terdapat ganjaran lumayan yang boleh didapatkan seperti peralatan hebat, item limit skill dan banyak lagi.

Sumber: Sega

Anda juga boleh memimpin party solo anda tersendiri untuk oceanic quest.

Adventurer Class

Terdapat beberapa class baharu yang tersedia untuk pengembaraan lautan ini seperti Buccaneer, Sovereign dan Arbalist. Lalui lautan dengan pengembara kegemaran anda!

Sistem Barter

Sumber: Sega

Melalui barter, anda boleh dagangkan barang anda dengan pemain lain. Selain itu, anda juga boleh mengongsikan guild card termasuklah butiran mengenai koleksi anda, serta bilangan pengembaraan yang telah anda lalui. Lebih menarik sekali, anda bebas untuk barter apa sahaja barang tanpa had.

Bantuan di Lokasi Tertentu

Terdapat beberapa lokasi yang akan membantu anda dalam perjalanan anda. Berikut adalah lokasi-lokasinya:

Sumber: Sega
  • Aman’s Inn
    • Rumah penginapan tempat anda boleh memulihkan HP dan TP anda, merawat penyakit seperti petrification, atau memulihkan ahli parti yang terkorban. Item juga boleh disimpan di sini.
Sumber: Sega
  • Napier’s Firm
    • Kedai untuk anda membeli dan menjual senjata, perisai dan barangan. Lebih banyak bahan yang anda jual ke kedai, lebih baik peralatan yang akan mereka simpan. Anda juga boleh menggunakan tempa untuk membuat senjata baharu.
Sumber: Sega
  • Via Senatus
    • Sebuah pertubuhan yang berfungsi sebagai hab politik Armoroad. Menyelesaikan misi yang mereka berikan kepada anda akan memajukan cerita. Salah satu tanggungjawab mereka termasuk menyelia Codex dan Compendium, jadi pastikan anda melaporkan sebarang raksasa atau item baharu yang anda hadapi.
Sumber: Sega
  • Butterfly Bistro
    • Bistro tempat anda boleh menerima quest, menuntut ganjaran dan mengumpul maklumat daripada pengembara lain yang boleh membantu untuk menggerakkan cerita.
Sumber: Sega
  • Explorers Guild
    • Anda boleh mendaftarkan pengembara, membentuk parti dan menyusun semula ahli parti anda di guild. Guildmaster juga akan memberikan anda petua pengembaraan jika anda bercakap dengannya.
Sumber: Sega
  • Inver Port
    • Tempat di mana anda boleh berlepas dalam pelayaran atau melibatkan diri dalam multiplayer melalui oceanic quest. Anda juga boleh melaporkan penemuan di sini juga, jadi pastikan anda berbuat demikian jika anda menemui sebarang loot atau peralatan untuk kapal anda.

Peminat boleh prapesan sekarang dan terima bonus ‘Early-Bird’ iaitu Set DLC Character Portrait untuk Etrian Odyssey Origins Collection. Ini membolehkan pemain menukar penampilan watak mereka kepada watak kesayangan ATLUS lain. Ini merupakan DLC percuma yang tersedia untuk masa yang terhad.

Sumber: Sega

Di bawah adalah potretnya:

  • Etrian Odyssey HD
    • Ringo (Soul Hackers 2)
    • Joker (Persona 5)
  • Etrian Odyssey II HD
    • Demi-Fiend (Shin Megami Tensei III Nocturne)
    • Teddie (Persona 4)
  • Etrian Odyssey III HD
    • Nahobino (Shin Megami Tensei V)
    • Aigis (Persona 3)

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Etrian Odyssey daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Etrian OdysseyEtrian Odyssey III HDEtrian Odyssey Origins Collection
ShareTweetSend
Previous Post

Info baru “Alone in the Dark Remake” akan didedahkan pada 26 Mei menerusi siaran khas!

Next Post

Pre-order Final Fantasy XVI untuk peluang temu produser Naoki Yoshida di Sunway Pyramid, Malaysia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pre-order Final Fantasy XVI untuk peluang temu produser Naoki Yoshida di Sunway Pyramid, Malaysia!

Pre-order Final Fantasy XVI untuk peluang temu produser Naoki Yoshida di Sunway Pyramid, Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd