Wowowowowowo~ Nampaknya, industri e-sukan dalam Malaysia ni, makin berkembang dan juga berkembang. Malam tadi aku dapat info dan terbaca satu Post dari Facebook Page Esports Malaysia, yang minggu ni, pada tarikh 14 April 2018 , akan ada acara National Esports Team Selection 2018 ! Macam menarik je. Nak tahu lebih lanjut, jom, ikut aku dalam entri ni.
Program ini disahkan dan disokong oleh National Sports Council. Program ini bertempat di Orange eSports Stadium, Setapak, Kuala Lumpur pada pukul 9 : 30 pagi untuk acara pelancaran dan cara untuk korang mewakili Malaysia untuk ke Olimpik dan semua pertandingan International lain pada masa hadapan.
Pada masa yang sama, pemain jugak berpeluang untuk mewakili Malaysia dalam China Esports Games 2018 di Tai Cang, Jiangsu, China pada 29 April sehingga 1 Mei 2018. Hanya juara sahaja yang akan berjaya mewakili Malaysia dan akan memperolehi full sponsorship untuk travel dan juga penginapan. Pendaftaran adalah percuma, dan tempat adalah terhad. Untuk daftar, korang boleh tekan link di bawah :
Apa lagi, kepada korang yang baca ni, pergilah cuba dan daftar. Tengok skill korang kat mana, hebat tak hebat nak wakil Malaysia. Aku tahu, ada diakalngan korang yang power dan hebat dalam bermain game. Jadi, memang nampak secara terang yang Industri e-sukan dalam Malaysia ni, makin berkembang secara pesat. Hampir setiap bulan, ada je acara e-sukan yang berlangsung. Bagus, ini yang kita, sebagai gamer, mahukan. Tahniah Semua!
@gamersantaimy
Discussion about this post